“Ibu mengandung mudah terhibur” Intan Liana Salleh sah hamil, dah ada baby bump

5,623 views

Intan Liana Salleh yang juga merupakan bekas madu kepada Izreen Azminda dan bekas isteri kepada ude Wahid, nampaknya kini memang benar sedang hamil anak pertama dengan suami barunya iaitu Aizam Yahya.

Melalui satu entry di laman media sosial, influencer ini ada menulis sesuatu yang sekaligus mengesahkan dia memang kini sedang hamil.

Ayat yang ditulis oleh Intan Liana Salleh ialah seperti ini: “Ibu mengandung ni memang mudah terhibur ke.

Caption itu ditulis di video yang dimuatnaik olehnya baru-baru ini. Video itu menunjukkan Intan Liana terhibur dengan dirinya sendiri yang sedang buat video promo produk makanan.

Kemudian pada minggu lalu, Intan Liana Salleh juga ada muatnaik video terbaru mengatakan dia kini dah ada habit baru. Dia lebih suka gigit manja tangan suaminya.

“Akhir-akhir ni saya ada perangai pelik sikit, macam suka gigit tangan encik suami sendiri. Tidak tahu sebab apa. Korang rasa mengapa. Nasib baik suami saya ni rajin je melayan, kalau tak bawa diri saja.”

Selain itu Intan Liana juga ada muatnaik foto terkini yang memperlihakan dirinya kini bagai dah ada baby bump.

Ini fotonya.

Diruangan komen, memang ramai dah mula beri ucapan tahniah kepada Intan Liana Salleh. Ini antara ucapan yang diberikan oleh followernya.

“Tahniah bonda Intan, lepas ni akan jadi berlima dah.”

“Wah dah ada baby bump ke. Syukur tahniah diucapkan.”

Sebelum ini, memang ada ura-ura Intan Liana Salleh sedang hamil setelah netizen ternampak Intan ada membawa pregnancy test ketika sambutan hari lahir suaminya pada bulan February. ketika itu, Intan Liana Salleh tak ada mengesahkan bahl berkenaan dan berkata akan pergi berjumpa doktor terlebih dulu.

Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi dari Intan Liana Salleh bahawa dirinya sedang hamil.