“Jaga adab” Datuk Fizz Fairuz pula bersuara, harap tindakan diambil

8,735 views

Video berkenaan babak Zul Ariffin dengan pelakon baru Siti Hariesa kini mendapat perhatian ramai pihak.

Memang ramai yang dah memberi komen, antaranya ialah pihak TV station, TV3, Caprice, Umie Aida dan juga yang paling penting komen dari pihak menteri agama.

Dengan memetik kenyataan dari menteri agama, pelakon terkenal Dato Fizz Fairuz turut meluahkan rasa sesalnya.

Bagi Dato Fizz Fairuz, apa yang perlu dijaga ialah adab, tanpa mengira sama ada keluar TV ataupun tidak.

“Bila tidak ada yang jaga jadi beginilah. Kadang kala sedih juga dengan industri ni. Sudah dua tahun Tuhan uji kita.”

“Kini kita mulakan dengan yang baru, tapi bukanlah benda baru macam ni, aduhai.”

“Sama ada keluar TV atau pun tidak keluar, kita harus menjaga adab kita ni. Jangan nak syok sendiri saja.”

Dalam pada itu, Dato Fizz Fairuz juga berahra ada tindakan akan diambil, apatah lagi hal ini turut mendapat respon dari Menteri Agama sendiri.

“Harap ini akan jadi pengajarn buat kita semua. Menteri Agama pun dah bersuara tu, harapnya adalah sedikit tindakan dibuat.”

Diruangan komen, memang rata-ratasetuju dengan komen pelakon ini, danada yang meminta tindakan diambil.

Ada juga yang berkata lebih baik terus batal saja tayangan drama seperti ini.

Individu bernama Ieda Nieieda menulis: “Tak payahlah tayang terus cerite camni. Sekarang majoriti memang tonton televisyen dengan family. Ada anak-anak. Kalaulah cerita camni yang ditayang. Baik tengok kartun saja.

Mad Nash menulis: “Minta pantau. Finas semua mana. Dulu bukan main lagi ada keluar kenyataan tentang tayangan stream dulu. Tapi ada drama macam ni senyap pula.

Wargamaya bernama Mohd Syamin berpendapat ini: “Pelakon ni pun makin lama nampak macam makin pelik, tengok dia ni berlakon pegang sana sini, rancak betul ingatkan pelakon barat tadi.

Selain itu, ada juga tetap mendoakan agar semua yang terlibat akan mendapat hidayah dan sedar hal ini adalah perkara yang bertentangan dengan ajaran agama.