Adik Erma Fatima, Umie Aida persoal Zul Ariffin “Kenapa upload video tanpa izin”

10,953 views

Ramai dah tahu kisah video yang dimuatnaik oleh pelakon Zul Ariffin. Kepada yang tak tahu, drama berjudul “Perempuan Itu” ini adalah arahan Ain Sharif bersama Isma Yusoof dan merupakan hasil terbitan Erma Fatima.

Sebelum ini pengarah Ain Sharif ada buat kenyataan dia memang mengarahkan babak antaar Zul Ariffin dan Siti Hariesa itu, namun ianya merupakan versi kedua sja dan mungkin tak akan ditayangkan di televisyen.

Ain Sharif juga menegaskan hal ini tak ada kena mengena dengan pihak penerbit iaitu Erma Fatima, yang mana nama Erma telah viral dan turut dikaitkan.

Kali ini adik kepada Erma Fatima iaitu Datin Umie Aida pula tampil bersuara hal yang melibatkan kakaknya ini.

Jelas Umie Aida, Erma Fatima sebenarnya pernah meluahkan rasa khuatir sekiranya ada adegan yang tak sepatutnya.

“Sekarang ni baru sempat saya nak ceritakan sedikit tentang isu ini. Sejak awal lagi Erma ada luahkan rasa risaunya dia, ketika dia tonton footage drama ini. Masa tu dia dah cakap, mereka buat macam agak daring sangat.”

“Saya ada pesan pada Erma, sebagai penerbit, dia kenalah bertegas dan minta mereka buat hanya adegan yang dibenarkan saja.”

Umie Aida kemudian mempersoalkan mengapa ada video babak yang diupload tanpa kebenaran dari pihak penerbit. Walaupun tak menyebut nama, semua pun tahu, Zul Ariffin telah upload video berkenaan di laman media sosial miliknya sehingga tular.

“Mengecewakan apabila ada pihak yang sanggup tayang footage, yang sebenarnya Erma nak buang, dari editor, tanpa minta izin dari pihak penerbit, kemudian post kat Instagram. Motif tunjuk footage yang belum diedit sepenuhnya dan excited dengan adegan yang kurang indah macam tu, sebab nak viral?”

“Saya ada tengok post video berkenaan dari Instagram actor berkenaan, saya terus tanya pada Erma, cerita apa yang korang buat ni. Gilakah.”

Sementara itu Umie Aida turut memberitahu bahawa adegan seperti itu merupakan hasil visualisasi dari pihak pengarah bukannya dari penulis skrip mahupun penerbit.

“Ada pihak yang kena kedepan dan bagitahu kenapa sampai jadi sampai level begitu. Memang sayang jika ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan.”

“Skrip dan interprestasi pengarah adalah berbeza. Screenplay dibuat oleh pengarah bukannya oleh script writer mahupuj pihak producer. Sebenarnya pelakon wajar menolak screenplay yang nampak luar kewarasan. Semoga jadi pengajaran buat kita semua. Nila setitik rosak susu sebelanga.”

Itulah penulisan dari Datin Umie Aida adik kepada Erma Fatima yang juga penerbit drama berkenaan.