Identiti, biodata kekasih hati Erra Fazira

4,012 views

Penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal, Erra Fazira kini dikhabarkan sedang dalam fasa bahagia, sedang mengenali hati budi seseorang. Wow, bertuahnya individu yang menjadi kekasih hati Erra Fazira kan.

Selebriti berumur 50 tahun itu mula menjadi tumpuan ekoran satu posting dari Erra yang membuat ucapan hari jadi kepada jejaka berkenaan. 

Ini ucapan dari Erra kepada lelaki tersebut. 

“Selamat menyambut ulang tahun kepada kamu yang mendamaikan. Semoga Allah akan memperkenankan segala doa dan harapan yang indah di dalam kehidupan dunia dan juga di akhirat.” 

Erra meletakkan lagu yang agak romantis disebalik foto yang dimuatnaik olehnya. 

Lagu tersebut ialah Semoga badi nyanyian dari Misha Omar. 

Foto yang dipilih pula memperlihatkan dua sosok lelaki dan wanita, namun ianya telah digelapkan. 

Ini sekaligus menguaatkan spekulasi bahawa Erra sedang bercinta dengan seseorang. 

IDENTITI KEKASIH ERRA FARIZA 

Siapakah kekasih hati Erra Fazira? Ramai yang mula berteka teki siapakah gerangan jejaka yang sedang rapat dengan primadona negara itu. 

Dari pelbagai sumber, akhirnya ada laporan mengatakan jejka berkenaan dikenali sebagai Mr E. 

Akhirnya setelah dikorek korek, jejaka Mr E itu dikatakan individu bernama Ezwan Zain. 

Ini sedikit info tentang Ezwan Zain. 

Nama: Ezwan Zain 

Umur: 44 tahun (2025) 

Pekerjaan: Usahawan, mempunyai sebuah kafe jenama Kedai Kueh di Shah Alam. 

Hobi: Berbasikal 

Status: Duda 

Ini beberpa foto Ezwan Zain. 

Dalam pada itu, melihat laman Instagram milik Ezwan, jejaka berkenaan turut memuatnaik moment bersama individu disyaki Erra Fazira. 

Mereka menghabiskan maka malam bersama sama. 

Ini yang ditulis oleh Ezwan Zain. 

“Terima kasih awak belanja saya makan malam. Selamat tahun baru dan salam Rejab.” 

 Dilaporkan, Erra Fazira hadir bersama rakan-rakan untuk meraikan hari lahir Ezwan Zain. 

KENYATAAN EZWAN ZAIN

Ezwan ada ditanya tentang ini, namun berkata mereka masih dalam fasa berkawan baik ketika ini.

“Kami berkawan baik ketika ini namun sya tak mahu memberi komen lanjut.”

“Saya dan Erra dah kenal lama, dan baru-baru ini kami menjadi lebih rapat.”

“Namun kami lagi berkawan, dan berharap ia tidak mendatang tekanan yang tidak sepatutnya kepada kami.”

Kata Ezwan lagi, Erra memang seorang yang amat terbuka dan amat matang orangnya.

KENYATAAN AWAL ERRA FAZIRA 

Menerusi satu temubual pihak media, Erra meminta semua untuk beri peluang kepada mereka berdua memandangkan mereka masih dalam fasa kenali hati budi masing-masing ketika ini. 

“Berilah saya peluang. Kami pun baru nak kenal mengenali. Kalau boleh saya ni tidak mahulah ber komen banyak-banyak. Kalau tak jadi nanti saya juga yang malu.” 

Apapun, para peminat dilihat mendoakan yang terbaik buat Erra dan juga kekasih hati Erra Fazira.