Anak sulung Zahnita, pilih tinggal dengan ayah “Lebih tenang”

305 views

Anak sulung Zahnita, Zahra yang kini berumur 18 tahun, tampil memberi kenyataan ekoran isu melibatkan ibu bapanya. 

Kisah Zahnita dan suaminya, Abdul Zackery Ghouse boleh di baca DI SINI. 

Kata Zahra, semua yang berlaku merupakan rancangan atau plan dari ibunya itu. 

Pendedahan rumah tangga dan juga plan untuk berpindah merupakan rancangan yang sudah direncana awal oleh Zahnita. 

Malahan Zahra juga berkata, foto mata dlam keadaan biru oleh dimuatnaik oleh Zahnita itu, sebenarnya gambar lama. 

KENYATAAN ZAHRA, ANAK SULUNG ZAHNITA

Ini komen dari Zahra seperti yang dilaporkan oleh media mStar.

“Ibu dah rancang untuk kami pindah lepas saya habis exam SPM namun perkara ini menjadi kecoh lebih awal.” 

“Tak ada angin tak ada ribut, tetiba ibu post benda tu. Masa tu saya di sekolah baru dapat tahu. Masa post tu ibu dah seminggu tiada.” 

“Apabila kat sekolah, ada cikgu bertanya adakah saya dipukul? Saya jelaskan tiada siapa yang dipukul dan gambar dari ibu itu merupakan gambar lama.” 

“Bila dia pakai spek mata tu, bukannya dia ada lebam masa tu.” 

Zahra juga mengakui rasa kesal dengan tindakan ibunya itu.

Baginya Zahnita lebih memikirkan dirinya sendiri saja, walhal anak sedang menempuhi exam yang penting iaitu SPM.  

Zahra kecewa dengan sikap Zahnita bagaikan abai tanggungjawab sebagai ibu. 

“Sebagai anak saya memang kecewa dan amat tertekan dengan apa yang terjadi. Nak fikir tentang exam SPM, fikir tentang ibu lagi.”  

“Apa yang ibu buat ini pada masa yang tak tepat.” 

“Dia seperti tak ambil kisah tentang saya yang nak exam SPM. Dia lebih fokus tentang diri sendiri saja.” 

Zahra juga menambah, hubungannya dengan Zahnita agak tegang, kerana dia selalu jadi orang tengah sekiranya ada masalah berlaku antara ibu bapanya.  

Tambahnya lagi, dia lebih selesa tinggalbersama bapanya selepas Zahnita bertindak keluar dari rumah mereka dan berpindah.” 

“Ini memang isu orang dewasa, tak perlu libatkan saya.” 

“Tak ada sesiapa pun yang paksa, saya sendiri pilih dan memang mahu tinggal dengan ayah.” 

“Duduk dengan ayah, lebih tenang dan lebih sesuai.” 

“Saya boleh saja jumpa ibu sebab rumahnya tak jauh dari sini.”  

“Tetapi saya pilih untuk tak berjumpa kerana kebelakangan ini ibu selalu marah apabila berjumpa.” 

Itulah kenyataan dari anak sulung Zahnita iaitu Zahra. 

Untuk info, Zahnita dan Abdul Zackery Ghouse bernikah pada tahun 2005 dan mereka mempunyai 4 orang anak.