IG Nonny Nadirah upload foto wanita berkemban, Mila Jirin dah malas nak tegur

9,708 views

Kisah yang berlaku di laman Instagram milik Nonny Nadirah sekali lagi timbul. Sebelum ini penyanyi dan pelakon ini dikatakan ada muatnaik gambar wanita yang sudah tidak bertudung dan menampakkan bahagian kaki.

Yang terbaru, di laman Ig Nonny, ada pula gambar seorang wanita sedang berkemban di dalam sebuah besen besar. Memang jelas kelihatan bahagian bahu wanita berkenaan.

Kali ini, laman Ig berkenaan turut mempromosikan jenama minuman kesihatan bernama Jus Mandak Hq.

Ini sekaligus mengejutkan ramai followernya yang melihat gambar tersebut. Apatah lagi, jika diamati wajah wanita berkenaan seakan dan persis mirip wajah Nonny sekiranya dilihat dari tepi atau sisi wajah.

Namun tidak dapat dipastikan seratus peratus wanita dalam gambar itu adalah Nonny Nadirah.

Memang ramai yang sedih melihat gambar sebegitu dimuatnaik di laman Ig Nonny Nadirah apatah lagi pelakon dan penyanyi ini sudah berhijrah sejak beberapa tahun lepas.

Kali ini Mila Jirin, iaitu rakan baik Nonny, ada muatnaik satu hantaran selepas gambar berkenaan dimuatnaik di laman Instagram Nonny.

Mila ternyata sudah mengaku kalah dalam memberi teguran kepada rakannya itu. Ini yang ditulis oleh Mila Jirin.

Aku dah tak nak tegur, aku dah tak mahu cakap lagi tentang hal ini, aku dah penat menangis untuk kamu sahabat.

Hanya mampu berdoa, semua Tuhan akan jentik hati kau dan ketuk kepala kau agar dapat ubah apa yang kau fikir.

Hari ni tersangat kecewa, rasa macam saya cakap dengan pelakon. Mungkin aku sahaja yang anggap kau macam sahabat. Tahniah. Aku tak dapat buat apa-apa, mungkin satu juta follower yang kau idamkan.

Sehingga kini tiada khabar berita dan sebarang kenyataan dari tuan punya badan sendiri tentang apa yang berlaku kepada Instagram milik Nonny Nadira. Semoga semuanya baik-baik sahaja, sama-sama kita doakan.