“Ikan piranha saya makan daging, kos makanan je RM3ribu sebulan” Aliff Syukri

11,383 views

Datuk Aliff Syukri sering melayan para peminatnya. Sungguhpun memberitahu dirinya kini dah kurang berminat dengan sebarang isu dan berdepan dengan kamera, tetapi Aliff Syukri masih lagi ada buat content.

Video Aliff Syukri kali ini lebih kepada kehidupan sehariannya, tanpa melibatkan sebarang isu-isu lain. Yang terbaru Aliff Syukri melayan seorang peminatnya yang bertanya tentang ikan peliharaan miliknya itu.

Datuk nak tengok ikan milik Datuk, katanya ikan paling besar di dunia ni.” Komen seorang pengikut Aliff Syukri.

Aliff Syukri kemudian melayan peminatnya itu dan menunjukkan cara dia memberi ikannya makan. Dapat dilihat kolam itu disertakan sekali dengan jaring untuk keselamatan. Kata Aliff Syukri ikannya itu jenis piranha dan makan daging.

Ketika membuat video itu, Aliff Syukri sedang memberi ikan-ikannya makan daging kambing. Jelasnya, setiap bulan kos makanan ikan itu saja mencecah RM3 ribu.

“Meh nak tunjuk ikan besar saya. Ikan paling besar di rumah saya dan juga dunia yang dibela di rumah. Kena pakai lesen tahu.”

“Ikan piranha ni dah dibela selama 5 tahun dan setiap hari ikan ini akan makan daging kambing, daging lembu dengan kos lebih kurang RM3 ribu untuk satu bulan. Saya akan update ikan-ikan saya serta kucing saya nanti.”

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja melihat ikan itu makan daging berkenaan.

Ada yang mengatakan ikan itu macam bukan piranha tetapi macam ikan arapaima. Ada juga memberi pendapat lebih baik Aliff Syukri membesarkan kolam berkenaan, kerana nampak ikan itu dah semakin besar dengan kolam yang kecil.

Itulah ikan peliharaan mewah oleh Datuk Seri Aliff Syukri, siap kena ada lesen. Jika nak layan video Aliff Syukri itu bolehlah ke akaun Tiktok miliknya.