“Dah tua bangka pun nak bergaduh” ~Dato Awie

3,575 views

Dato Awie akui terkilan dengan apa yang terjadi dengan kumpulan Search. Ini gara-gara ahli kumpulan berkenaan telah bertelagah untuk menggunakan nama kumpulan berkenaan.

Vokalis kumpulan Wings ini berkata hal berkenaan tak patutnya berlaku, apatah lagi kesemuanya dah pun berusia.

“Kami amat kecewalah, dah tua bangka pun, tiba-tiba masih lagi ada tamak haloba. Kami anggap mereka kumpulan Search ini umpama big brother. Kami ini macam adik saja, dan mereka tetap abang.”

“Hanya sebab nama kumpulan saja dan tak ada harta pun. Hal macam ni tak patut berlaku. Masing-masing nak cari makan, Malaysia ni negara yang kecil, pusing-pusing pun nanti jumpa orang yang sama.”

Awie menambah, dulu pun dia pernah keluar sebagai vokalis kumpulan Wings, namun dia sedikit pun tidak berebut nama Wings.

“Dulu saya yang bagi nama kumpulan Wings dan saya pun pernah keluar dari kumpulan Wings. Tetapi saya tak ada pun bising-bising berkaitan nama. Kamu nak cari makan, saya pun nak cari makan. Apa yang nak bertelagah sangat tentang nama.”

Ini pendapat Awie lagi tentang kemelut kumpulan Search.

“Jika dah ada populariti, kamu bawalah populariti itu untuk buat satu perkara yang baru. Kamu nak guna nama itu juga lepas tu nak cakap tentang kawan-kawan dulu. Apa faedahnya, tak ada pun.”

“Dulu ada saja anggota kumpulan Wings yang keluar, dan mereka pun masih guna nama belakang Wings. Ada kami cakap apa-apak, kami hanya gelak saja.”

“Yang ahli dah keluar tu keluar sajalah, tinggallah apa yang dah sedia ada. Itulah Search bagi saya. Dah umum keluar tapi jika masih nak bawa nama sekali, mana boleh. Dah keluar, buatlah nama baru.”

“Hanya mereka yang tamakdan, haloba saja kecoh tentang isu ini. Jika tengok Alleycats, Carefree, Revolvers, Sweet Charity, semua pun tak kecoh.”

Dato Awie kemudian menasihati pemuzik lebih muda, agar mendaftarkan nama kumpulan selepas ini, supaya hal seperti ini tak berlaku kepada mereka.