“Untuk ajar mereka yang tiada telor” Fizo Omar

3,979 views

Hannan Medispa telah menang kes saman sebanyak RM1 juta. Pengasas syarikat berkenaan iaitu Dr Mohd Hannan merupakan rakan kepada Fizo Omar.

Dek kerana kemenangan rakannya itu, Fizo tertarik untuk memberikan sedikit ulasan. Fizo memuji Dr Hannan berani tegakkan keadilan.

Malah Fizo bertambah kagum apabila wang kemenangan rakannya itu akan disedekahkan kepada anak yatim dan juga masjid.

Ini komen dari Fizo Omar:

“Dah menang saman sebanyak RM 1 Juta. Saman ke atas pemilik akaun media sosial yang memberikan komen tak tepat kepada Hannan Spa dan juga Dr Hannan. Kes ini selesai sudah. Jumlah wang tersebut telah disedekahkan kepada anak yatim dan juga masjid.”

“Tahniah saya buat sahabat dan partner saya Dr Hannan, bukan saja kerana kemenangan dan telah menderma wang kemenangan, tetapi kerana berani untuk ambil tindakan undang-undang kepada mereka yang sering beri komen tak benar.”

“Memang ketika ini, ada orang seperti tak kesah nak komen apa-apa di laman media. Sebenarnya kalau ikut akta undang-undang, kita berhak ambil tindakan kalau ianya jejaskan reputasi atau jatuhkan maruah.”

Ini sedikit peringatan dari Fizo Omar kepada netizen di luar sana.

“Jangan ingat setelah komen, orang tak akan tahu siapa diri kita, terutam ayang guna akan samaran. Teknologi canggih dah boleh tahu.”

“Ini tak ada soal nak menang saman atau nak dapat duit, tetapi lebih kepada soal maruah dan juga mahu mengajar mereka yang pengecut takde telor, hanya tahu gunakan laman media sosial tapi take secara face to face.”

“Kepada yang guna akaun samaran tu, sudah lah, banyak lagi benda lain yang boleh buat dalam hdiup ni. Baik focus diri sendiri dari sibuk nak tengok orang lain dan komen yang tak baik.”

Fizo Omar turut mengucapkan tahniah kepada Hannan Medispa kerana dah berjaya membuka lebih kurang 100 outlet di sekitar Malaysia.