Imuda kini bergelar Datuk, tahniah!

597 views

Pelawak yang juga pelukis, Imuda atau nama penuhnya Rahim Muda, kini telah menerima anugerah membawa pangkat Datuk. 

Imuda menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) di Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang. 

Ianya bersempena sambutan Hari Ulang Tahun TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. 

Pelawak senior berumur64 tahun ini merupakan di antara 103 penerima Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Negeri di majlis berkenaan. 

Menerusi satu posting, Imuda mengucapkan terima kasih setelah menerima pelbagai ucapan tahniah dari orang ramai. 

“Ribuan terima kasih di atas semua ucapan tahniah kepada saya setelah menerima anugerah daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.” 

Kata Imuda, ini satu anugerah yang amat indah setelah lebih empat dekad terlibat dalam dunia seni. 

“Saya amat berbangga sebab terima penganugerahan daripada TYT Pulau Pinang. Dah lama saya berkecimpung dalam dunia hiburan, bermula 40 tahun lalu, inilah masa dan saatnya untuk saya raikan kejayaan.” 

“Ini bukan untuk diri saya, tapi kepada seluruh anak seni lain di Pulau Pinang.” 

Untuk info, Imuda yang merupakan anak kelahiran Bukit Mertajam, Penang, bermula sebagai pelukis untuk sebuah syarikat penerbitan. 

Kemudian, Imuda masuk ke Dewan Bahasa dan Pustaka atau DBP. 

Banyak karya lukisa Imuda antaranya untuk Gila-Gila, Berita Minggu dan Gelihati. 

Imuda amat terkenal sebagai pelakon dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang turut menampilkan Sabri Yunus, Sathiya, Angeline Tan dan ramai lagi. 

Selain sitkom, Imuda juga banyak terlibat dalam drama dan juga filem, termasuklah Mekanik dan juga Kembara Seniman Jalanan. 

Tahniah diucapkan Datuk Imuda, semoga terus sukses dalam semua bidang yang diceburi.