“Ingatkan Pak Nil tadi” Komen netizen kepada foto Juliana Evans

7,602 views

Sekarang kerajaan dah pun buka border, dan semua boleh rentas negeri untuk pulang ke kampung ataupun bercuti, melawat tempat peranginan.

Selain bercuti di dlaam negeri, pintu border antarabangsa juga telah dibuka, dan ada beberapa negara yang menerima kehadiran pelancong dari Malaysia. Antara yang menerima kehadiran rakyat dari negara ini ialah negara Turki.

Antara selebriti yang terawal pergi ke negara berkenaan ialah pelakon terkenal Juliana Evans. Malah jika dilihat di Instastory, banyak betul beg yang dibawa oleh Juliana Evasa ke negara berkenaan.

Melalui dua post di IG, Juliana ada promosikan perjalanan melancang ke Turki.

Go Turkey, Istanbul is the new cool. Gabungan moden dan juga tradisional.” Itulah antara caption dari Juliana Evans.

Melalui entry satu lagi, Juliana Evans turut bertanya tempat-tempat yang best ketika berada di Turki.

Namun begitu, ada sesuatu yang jadi perhatian ramai, iaitu foto yang dimuatnaik oleh Juliana Evans itu sendiri.

Ramai yang melihat gambar wajah Juliana Evans itu amat berlainan sekali, dan ini adalah kerana cara solekan, style rambut dan juga fashion yang dipakai olehnya.

Ada yang sekali imbas lihat, ingatkan Juliana Evans itu ialah Pak Nil, Aznil Haji Nawawi.

Ingatkan Pak Nil tadi.” Tulis seorang follower Juliana Evans, ianya dikuti dengan beberapa komen dari individu lain yang turut memikirkan hal yang sama.

Saya ingat macam Nizam Rahman” Itu pula komen dari beberapa netizen lain, yang mengatakan penampilan dan wajah Juliana Evans itu bagai pengacara dan instafamous Nizam Rahman.

Selain itu ramai juga yang tetap memuji kecantikkan Juliana Evans dan mengatakan penampilannya itu agak stylo.

Untuk info, Juliana Evans berkahwin dengan kerabat bernama Tengku Shariffuddin atau lebih dikenali dengan anama Tengku Adeq dan mereka mempunayi seorang anak perempuan.