“Caprice berlagak, syok sendiri, nak ikut pendapat dia saja” Iqbal pilih Floor88

4,431 views

Usahawan yang kini sedang viral iaitu Ahmad Iqbal mengambil peluang nama sedang naik dan mahu menjadi seorang penyanyi.

Mempunyai bajet sebanyak setengah juta ringgit, antara yang ada contact Ahmad Iqbal untuk buat lagu ialah penyanyi rap, Caprice.

Namun Ahmad Iqbal telah menolak untuk bekerjasama dengan Caprice di atas beberapa sebab.

Antara sebabnya ialah permintaan harga dari Caprice agak tinggi iaitu RM600ribu dan Caprice ada meminta untuk perkara yang Iqbal tak berapa berkenan.

Tanpa berlapik, Iqbal melabel Caprice sebagai berlagak dan syok sendiri.

“Dalam banyak composer, Caprice ni agak berlagak, ada ke dia minta saya menari tradisional sambil rap dalam starbuck, dan nak buat video klip di padang pasir.”

“Caprice ni poyo, dan agak syok sendiri. Saya minta lagu lain tapi dia nak ikut pendapat dia saja. Ada ke patut dia suruh saya nyanyi lagu hip hop lepas tu menari depan orang ramai. Saya mahukan lagu yang kuat, ada standard, bukan lagu kat TikTok.”

Lepas tu dia Caprice pun ada kata dia nak harga RM600 ribu, memang mengarutkan.” Itulah komen Iqbal tentang Caprice.

Iqbal bercerita kini dia sedang berbincang dengan kumpulan Floor 88 untuk lagu dan beberapa projek.

“Saya telah pun lock dan deal dengan Eric dari Floor88, untuk lima lagu terus. Dia letak harga market dan standard saja, ikut harga semasa. Tidak macam orang lain yang hanya mahu ambil kesempatan pada saya.”

“Sebenarnya dia seorang yang amat jujur dan pernah tolong saya ketika di Aswara dulu. Saya nak balas jasa baik dia.”

Kini Iqbal sedang masuk kelas vocal sebagai persediaan untuk merakam lagu.

“Suara saya okay saja, tak perlu nak gunakan autotune tetapi bukanlah taraf penyanyi hebat. Dulu saya ada belajar taranum seba tu saya tahu sikit macam mana lontar vocal suara.”

“Kini tengah belajar dengan guru vokal bernama Afiq untuk lebih bersedia sebelum rakam lagu.”

Kata Iqbal, dia memasang impian untuk buat lagu dengan composer yang hebat.

“Kalau ikutkan mahu lagu dari composer macam M Nasir baru ada standard yang tinggi.”