“Saya bukan antivaksin, panggil saya PROSAFE” Rita Rudaini

1,678 views

Pelakon sensasi Rita Rudaini nafi bahawa dia tolak seratus peratus untuk ambil suntikan vaksin untuk virus Corona.

Namun sebenarnya Rita Rudaini berkata dia hanya akan terima vaksin itu jika ianya telah diiktiraf di seluruh dunia.

Ianya satu prinsip yang dipegang oleh Rita Rudaini, hanya menerima jika ianya telah disahkan sepenuhnya, memandangkan vaksin ketika ini masih diperingkat ujian.

“Vaksin ketika ini masih lagi berada dalam ujian klinikal dan diujikaji, dalam kajian, malah dalam parlimen, kerajaan pun tak paksa untuk ambil vaksin. Ianya belum lagi termaktub sebagai perkara yang wajib lagi.”

“Saya tak ada nak pengaruhi ahli keluarga yang mana ada sudahpun mendapatkan vaksin. Tak salah jika mahu mengamalkan makanan sunnah untuk jaga kesihatan, saya bukan amalkan ilmu yang salah, hitam.”

“Terpulang dan bergantung pada individu itu, saya tak tolak vaksin atau pun antivakin, namun saya memerlukan sedikit masa lagi. Jika tiba masanya, saya akan dapatkan suntikan vaksin juga.”

Rita menyatakan dia kini lebih banyak habiskan masa di rumah saja, dan beli barang secara online.

“Lagi pula, saya jenis suka duduk rumah. Saya beli barang keperluan pun melalui online. Siapa yang kenal saya tentu tahu, saya hanya akan keluar jika ada urusan saja.”

Menjawab label antivaksin yang diberi oleh sesetengah netizen, Rita Rudaini mengatakan lebih baik gelarnya dengan nama prosafe.

“Nak guna perkataan kena kaji dulu, antara antivaksin dan prosafe, call me prosafe. Kalau antivaksin takdelah cucuk vaksin sebelum ini, masa pergi umrah, dan untuk anak-anak.”

“Nak guna perkataan, biar bijak, nak guna sesuatu perkataan biar maknanya selari. Saya Rita Rudaini dan saya prosafe.”

Tentang beberapa laporan bahawa namanya kini dah digugurkan kerana belum ambil vaksin, kata Rita, rezeki dia masih lagi hadir, semuanya dengan izin Yang Maha Esa.

“Syukur Alhamdulillah, walau tak dibenarkan jalani penggambaran, tetapi rezeki Allah datang dari banyak sudut. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan kita sebagai seorang manusia.”

“Saya tak nak susahkan sesiapa pun, oleh itu saya setuju untuk tak berlakon buat sementara waktu ini.”

Kata Rita lagi, dia seakrang mempunyai perniagaan perfume dan semakin maju.

“Saya bergantung dengan business minyak wangi dan kini sudah ada lebih 40 cawangan di AEON. Jika ada rezeki, kalau dipermudahkan, minyak wangi saya bakal di jual pula di Watson pula. Saya percaya rezeki Allah ada kat mana sekalipun.”