Ini kisah anak degil, kepala macam batu, komen Chef Wan

2,614 views

Datuk Chef Wan telah menangis selepas membaca banyak komen kurang enak tentang pernikahan anak perempuannya, Serina Redzuawan semalam.

Chef selebriti nombor satu Malaysia ini menyatakan dia memang ada rasa terkilan kerana dirinya diketepikan dalam urusan pernikahan anaknya itu.

Malah Chef Wan turut melabel anaknya itu sebagai seorang yang penting diri dan juga agak degil.

Ini komen dari chef berumur 63 tahun ini.

“Saya tak pernah nak bantah hasrat Serina untuk berkahwin lagi, namun apa yang saya mahukan adalah minta dia siasat siapa calon suaminya itu terlebih dulu.”

“Dari mula saya tak bantah pun malah ada bergurau minta dia sabar untuk beberapa bulan. Sebabnya kena siasat sebelum nak nikahkan mereka. Tetapi akhirnya ada orang beritahu pada saya bahawa mereka sudah nikah di negara jiran, di Siam.”

“Mak bapa dah membela anak sejak dua tapak jari, tapi bila dah besar ini balasannya. Semalam saya menangis dengan rasa pedih apatah lagi melihat komen netizen, ini sangat melukakan hati saya.”

Chef Wan juga berkata dia sebagai bapa ada hak untuk mendedahkan hal ini untuk ketahui kebenarannya.

“Sila henti salahkan saya kononnya aibkan anak nikah kat negar ajiran. Saya ni ada hak untuk jelaskan kisah yang benar. Itupun ada yang tuduh konon saya merestui mereka.”

“Ini kisah anak-anak kita yang boleh dikatakan sebagai seorang yang degil, dan mempunyai kepala macam batu. Banyak dah terjadi kat ramai family di luar sana, bukannya saya seorang saja.”

“Keluarga lain boleh belajar dan ambil teladan tentang sifat pendek akal serta pentingkan diri sendiri. Ini pengajaran untuk anak-anak semua.”

Ini luahan terkini dari Chef Wan yang ditulis di laman IG miliknya.

Luahan Chef Wan di laman IG dibuat semalan ekoran pendedahan dari Serina bahawa dia sudahpun berkahwin.

Namun Serina mengatakan bahawa bapanya itu memberi restu, malah ada menunjukkan gambar bapanya pernah bertemu dengan suaminya itu.

Serina juga menafikan dia berkahwin di negara jiran kerana border ketika ini masih lagi tutup. Kata pelakon ini Chef Wan telah menerima berita yang tak benar dari orang lain yang mahu melihat keluarga mereka berpecah belah.