“Kahwini Janna Nick, masih awal, belum tiba masanya” kata Dini Schatzmann

3,169 views

Semua dah tahu bahawa pelakon Dini Schatzmann sedang menjalin hubungan dengan pelakon popular Janna Nick.

Melihat keakraban pasangan ini, ramai yang tertanya bilakah agaknya mereka akan akhiri zaman solo dan mendirikan rumah tangga.

Apabila ditanya tentang isu yang melibatkan perkahwinan, Dini Schatzmann memberi signal nanti dulu sebab belum tiba masanya lagi.

Walaupun selesa jalin hubungan dengan Janna Nick, mereka berdua masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Malah Dini berkata dia dan Janna kini sedang fokus dalam bidang seni terlebih dahulu.

Menerusi satu laporan dari portal Kosmo, ini kenyataan dari Dini Schatzmann tentang berkahwin dengan Janna Nick.

“Tentang Janna, dia seorang yang amat serius dan profesional melibatkan soal kerja. Namun dalam masa yang sama, Janna seorang pasangan yang amat lembut hati dan bertimbang rasa dalam semua perkara. Janna juga orang yang mahu saya berikan fokus pada kerjaya saya iaitu berlakon.”

“Nampak klise tetapi inilah realitinya. Biarl kami fokus dengan karier masing-masing dalu. Soal kahwin, ianya masih terlalu awal untuk kami berdua.”

“Cukuplah kedua-dua family kami terima kami berdua dengan hati terbuka. Malahan mereka juga beri sokongan sepenuhnya kepada hubungan kami ini, itu pun dah cukup.”

Tentang kisahnya terjun ke dunia lakonan walaupun mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan material di sebuah universiti di Canada, Dini memberitahu dia tak pernah menyesal.

Menjadi seorang pelakon sejurus tamat pengajian dalam bidang Kejuruteraan Material di Universiti of British Columbia, Kanada, pemilik nama sebenar Dini Azan Schatzmann itu mula mencipta nama tersendiri.

Malahan Dini Schatzmann memberitahu ibunya merupakan individu yang bertanggungjawab mengenalkan dirinya dengan beberapa orang pengarah ketika mula-mula nak berlakon dulu.

“Ramai kata rugi saya masuk bidang lakonan namun ianya minat saya, saya tak pernah menyesal.”