Ini respon Serina kepada Chef Wan, dedah punca hal ini berlaku

3,523 views

Ramai yang terkejut dengan jawapan dari Datuk Chef Wan tentang pernikahan anaknya dengan seorang jejaka.

Chef Wan berkata, dia tak tahu bahawa anaknya telah berkahwin di negara jiran malah statusnya sebagai isteri nombor dua.

Menerusi laman IG, Chef Wan telah meluahkan perasaannya.

Serina terbaca pendedahan dari bapanya itu, dan kini Serina tampil membuat satu penjelasan tentang perkara sebenar yang terjadi.

Jelasnya, dia tak bernikah di negara jiran seperti yang diberitahu kepada bapanya oleh orang lain. Malah suaminya bukan lagi berstatus suami orang.

Serina mendedahkan ada pihak yang buat cerita kepada bapanya sehingga Chef Wan Naik angin sebab ingatkan anaknya kahwin di negara jiran.

Salam tujuan Serina post hari ini untuk beri penjelasan tentang kekeliruan dan harap orang ramai jangan hukum orang lain dengan buat fitnah pada Serina dan juga suami.”

Selepas papa (Chef Wan) tulis dia tak tau kami nikah, dan kata bahawa kami nikah di siam atau Thailand, hal itu adalah tak betul. Kami bernikah di sebuah negeri di Malaysia.”

Stop buat tuduhan, besar dosanya nanti menjawab di akhirat. Jika kita tak tahu jangan memandai komen pasal orang lain. Sejujurnya papa dah tahu kami berdua ni bernikah dan dah maklumkan padanya, malahan suami pun dah jumpa dengan papa.”

Lagi satu nak diperjelaskan bahawa suami saya duda bukan suami orang. Sebelum ini, dia dah ada masalah perkahwinan jarak jauh dan mereka berdua belum ada dikurniakan zuriat. Harap jangan buat tuduhan pada suami, semua tak benar.”

Saya memang terkejut bnila papa kata kami nikat kat di Siam, fikirlah secara logic, sempadan antara negara masih lagi tutup, mana buka.”

Memang diakui ramai yang suka hasut cucuk papa sebab suka tengok keluarga kami hancur. Saya sentiasa hormati papa. Kami tak ada masalah pun selama ni.”

Kalau tengok, papa pun pernah post tentang hubungan saya dan suami di Instagram. Papa juga ada ajak kami makan di restoren miliknya.”

Saya berdoa orang yang buat cerita dan suka hasut papa ni akan terima hidayah, saya dah maafkan. Akhirnya sekali doakan kami bahagia.”

Itulah penjelasan dari Serina tentang perkara sebenar.