Zain Saidin jelaskan kenapa dia tiada di sambutan hari jadi Che Ta

11,608 views

Lama tak keluar TV, itulah yang boleh dikatakan tentang pelakon berdarah kacukkan Zain Saidin.

Sejak hadir menerusi watak guru di drama Oh My English, nama Zain Saidin bagai sudah hilang, tiada lagi lakonannya dilihat di kaca televisyen.

Sememangnya hal ini turut diakui oleh tuan punya badan sendiri, yang mana dah lama dia tak menerima tawaran berlakon.

Sekian lamanya saya dilihat seperti dah berhenti dari dunia lakonan, namun sebenarnya hal ini tak pernah berlaku. Minat saya dalam dunia lakonan tidak pernah pudar pun.”

Apa yang sedihnya, sejujurnya, saya tidak ada terima tawaran berlakon untuk watak besar. Kalau ada offer pun, swatak kecil dan saya muncul sekali sekala saja sebagai artis jemputan. Apapun okey lah, asal dapat nak lepas rindu berlakon.”

Zain memberitahu watak Henry Middleton yang dilakonkan olehnya dalam drama Oh My English adalah kali terakhir dia menerima offer lakonan sebagai watak yang besar.

Enam musim saya jayakan watak Henry Middleton lantas menjadikan watak itu sinonim dengan diri saya. Mungkin ini membuatkan pihak produksi dan penerbit lain rasa watak guru itu sesuai untuk saya dan tiada watak lain.”

Sebagai seorang actor, saya akur bila ada yang label atau cop saya macam tu. Tapi tak patutlah sebab pelakon kena versatile. Namun, semuanya tetap bergantung pada rezeki dari Allah juga.”

Setelah lama menunggu, Zain Saidin akui dia ada terima satu offer untuk berlakon dalam drama berjudul Sis Star Hotel untuk tayangan Awesome TV.

Selain Zain Saidin, pelaon lain yang membintangi drama berkenaan ialah Emma Maembong, Chacha Maembong, Faradhiya, Bell Ngasri, Beego, dan lain-lain.

Dek kerana sambutan yang baik, Zain kemudian membintangi drama berjudul Kiblat Yang Hilang berganding dengan Azhan Rani untuk tayangan bulan puasa ini juga di Awesome TV.

Malah Zain Saidin memberi komitment yang amat tinggi untuk kerjayanya dan kerana jadual penggambaran yang ketat, Zain Saidin tak dapat meraikan sambutan ulang tahun isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta.

Zain akui ada yang tertanya-tanya dimanakah Zain ketika sambutan Che Ta itu, namun katanya isterinya sentiasa memberi sokongan berkenaan kerjayanya.

Cerita yang timbul itu entah dari mana. Memang kesian pada isteri saya Che Ta sebab ada yang tanya dan dia yang kena jawab serta beri penjelasan.”

Sebenarnya, saya tiada ketika itu akibat kesibukkan di set penggambaran. Memang tak boleh nak elak sebab penggambaran pun lama tangguh. Oleh itu, saya kena jadi profesional dalam hal kerja.”

Syukur alhamdulillah, saya ada buat video ucapan di set penggambaran bersama kawan pelakon lain dan Che Ta pun paham.”

Che Ta tak bising pun, dia gembira dan itu penting buat saya.”

Apapun semoga berbahagia buat Zain Saidin dan Rozita Che Wan dan didoakan kerjaya kalian akan terus sukses selepas ini.

Share this on...