Ini pula pendedahan Amelia Henderson tentang produksi Datuk A Aida

6,413 views

Pelakon Amelia Henderson telah tampil menjawab dakwaan dari penerbit Dato A Aida setelah dikatakan melanggar kontrak dengan syarikat milik penerbit tersebut.

Satu kenyataan penuh dibuat oleh Amelia melalui posting laman media sosial miliknya pada malam semalam.

Amelia telah menjelaskan beberapa isu dan point tentang isu ini dan menegaskan dia tak ada pun melanggar kontrak.

Bagi pelakon berumur 26 tahun ini, dirinya memang agak terkejut setelah mengetahui hal berkenaan melalui berita secara online.

“Saya nak cakap yang tuduhan dan dakwaan itu merupakan tak berasas dan tak benar. Saya terkejut juga setelah press conference yang dibuat itu, saya tahu dari online.”

“Hal ini boleh diselesaikan secara tertutup tanpa melibatkan media dan orang awam. Saya faham kontrak itu, namun saya tak ada pun melanggarnya.”

Pelakon ini turut menjelaskan bahawa kontrak mula ditanda tangan pada bulan Februari. Akan tetapi pada mulanya ia patut mula jalani penggambaran pada bulan Mei.

Kelewatan timbul, dan skrip hanya siap pada bulan Jun, beberapa hari sebelum skrip reading dibuat.

“Kami sign kontrak bulan Februari dan masa tu dikatakan penggambaran bermula pada bulan Mei sampai bulan Ogos. Masa tu belum ada skrip penuh atau tarikh tetap penggambaran. Skrip hanya dapat beberapa hari sebelum meeting pada bulan Jun.”

Setelah menerima skrip, Amelia mendapati jalan cerita serta watak dirinya tak sesuai.

“Mulanya, saya diberitahu watak saya seorang wanita yang kuat karakternya, tapi bila dapat skrip ia adalah sebaliknya. Jalan cerita drama ini membuatkan saya tertekan.”

“Sebagai seorang aktres saya bertanggungjawab kepada penonton. Setelah baca skrip saya dapati ianya bertentangan dengan prinsip saya dan memang saya tak dapat terima. Watak itu tak sama seperti digambarkan awal dulu. Keutamaan saya adalah penonton.”

ini vdeio penuh penjelasan dari Amelia Henderson.

Diharapkan isu ini akan dapat diselesaikan antara Amelia Henderson, Idris Khan dan juga pihak penerbit.