“Lama simpan rahsia..” Bekas pengurus pula dedah perangai Mak Wan Latah

8,907 views

Satu per satu kisah berkenan pelakon senior Mak Wan Latah, 61 tahun, menjadi bualan ramai.

Sejak berkahwin dan kemudiannya telah berpisah, Mak Wan kini terpalit dengan satu lagi kisah melibatkan bekas pembantunya sendiri.

Seorang wanita yang mahu dikenali dengan nama Amell telah mendedahkan sikap Mak Wan yang ramai tidak ketahui.

Dari beberapa video di laman media sosial miliknya, Amell mendedahkan beberapa sisi lain Mak Wan Latah.

Dari laporan Mstar, Amell bercerita dia sebelum ini simpan rahsia sebab dah anggap Mak Wan macam mak sendiri, tapi akhirnya diri sendiri pula yang terkena.

“Tujuan saya tayang video itu disebabkan tak mahu orang lain kena juga sama macam saya. Selama ini saya banyak simpan rahsia dia walaupun pernah kena cerca termasuk semasa di lokasi penggambaran.”

“Memang saya dah anggap dia macam mak sendiri dan saya juga yang menjaga dia sebab sebelum ini pun dia katakan dah dibuang oleh family sendiri.”

“Yang bertambah saya jadi terkilan, baru-baru ini Mak Wan ada buat cerita kononnya saya pula yang ada mengambil duitnya sebanyak RM20ribu.”

Amell bercerita, dia ada bukti Mak Wan yang dah ambil wang berkenaan.

Oleh itu, Amell juga ada buat report polis ke atas pelakon berkenaan kerana kes tersebut.

Amell akan buat satu lagi report setelah mendapati barang kemas miliknya juga didapati telah tiada.

Tentang video berkenaan, ada satu video menunjukkan Mak Wan bagai sedang baca sesuatu.

Kemudian ada pula Mak Wan telah naik angin terhadap seorang lelaki disyaki bekas suaminya.

Sebelum ini Mak Wan Latah telah berkahwin dengan lelaki berumur 71 tahun bernama Husain Dollah, namun perkahwinan hanya bertahan selama tiga bulan saja.