Sebelum ini penerbit terkenal tanah air, Datuk A Aida telah buat sidang media untuk menyaman pelakon Idris Khan.
Dari kenyataan oleh Aida, Idris Khan akan dimabil tindakan undang-undang kerana telah melanggar kontrak.
Idris Khas dikatakan telah menarik diri secara mendadak dalam masa yang singkat sekaligus membuatkan pihak produksi milik Aida alami kerugian sehingga mencecah ratusan ribu nilainya.
Setelah namanya dipetik dan menjadi tajuk uatam, kali ini Idris Khan tampil memberi respon serta kenyataan balas.
Kata pelakon berumur 34 tahun, apa yang diperkatakan oleh penerbit A Aida itu tidak benar sama sekali dan ianya tak berasas.
Idris juga dah bersedia untuk menegakkan kebenaran bagi pihaknya melalui undang-undang.
“Ada beberapa dakwaan yang dilemparkan pada saya di sidang media itu dilihat tak berasas dan bersifat ftnah.”
Idris berkata dia memanmg agak terkejut dan hairan engan tuduhan kepadanya itu dan kini dah mengambil pihak peguam untuk kes ini.
“Di atas nasihat dari peguam yang mewakili diri saya, prosiding undang-undang akan diteruskan demi untuk menegakkan serta dedahkan kebenaran.”
“Ada sesetengah pihak yang menggunakan kedudukan serta kuasa yang dimiliki dengan memerasugut agar dapat ikut rentak mereka dan jika tak, akan menanggung akibatnya.
“Oleh itu, saya akan melawan penyalahgunaan kuasa secara jelas dan terangan ini sampai ke akhirnya.”
“Saya tak akan diam diri saja jika ada yang nak menindas dan perlekeh peribadi, integriti serta prinsip saya.”
Idris ada berkata, pihak yang pernah kerja dengannya tahu bagaimana dirinya serta etikanya dalam bekerja.
Jelasnya lagi, dia berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada dirinya dan percaya rezeki bukan datang dari manusia tetapi dari Yang Maha Esa.
“Saya nak ucapkan syukur dan berterima kasih kepada semua sokongan, serta kata-kata yang baik dan positif dari semua orang.”
Itulah kenyataan dari Idris Khan tentang kesnya dengan Datuk A Aida.