Ini punca Adira mahu tarik balik permohonan cerai, Dato Red bersyukur

4,094 views

Umum dah tahu tentang penyanyi Adira Suhaimi ingin berpisah dengan suaminya. Menurut kenyataan Adira sebelum ini, dia memang dah bertekad untuk membuat permohonan perpisahan itu pada bulan Oktober yang lepas setelah 4 tahun melayari alam perkahwinan sebagai isteri kedua kepaqda Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra dengan nama sapaan Dato Red. Perkara ini benar-benar mengejutkan ramai pihak.

Hari ini, Dato Red telah berkongsi perkembangan terkini tentang kes berkenaan apabila dia memuatnaik satu mesej melalui aplikasi whatsapp yang mana Adira dilihat mahu membatalkan permohonannya untuk berpisah dengan Dato Red.

Melalui mesej yang dikongsikan oleh Dato Red di Ig story miliknya, Adira difahamkan akan menarik kembali permohonan cerai kerana faktor anak-anak mereka yang masih kecil.

Ini tulis Adira kepada wanita bernama Fira: “Lagi satu, Fira, Adira mahu tarik balik perceraian tu. Adira rasa untuk anak, Adira tak jadi cerai, terima kasih Fira,”

Dato Red telah menulis ucapan kesyukuran di atas mesej berkenaan.

Ternyata ini merupakan satu berita baik untuk Adira dan diharapkan hubungan mereka menjadi lebih kuat selepas ini.

Sebelum ini, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia ini telah memfailkan permohonan itu pada 1 April tahun ini dan sau prosiding dibuat pada awal bulan Oktober yang lepas seterusnya telah menjadi pengetahuan umum dan menjadi topik bualan ramai peminatnya.

Datuk Red dilihat tak setuju dengan permohonan Adira dan menerusi satu kenyataan, dia berkata akan berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali mengambil hati serta memujuk Adira untuk kekal sebagai isterinya.

Pasangan ini bernikah pada bulan Disember tahun 2015 dan mereka mempunyai tiga orang anak.

Dato Red mempunyai seorang lagi isteri iaitu isteri pertama bernama Datin Syarifah Nor Shafila atau leih mesra disapa dengan nama Datin Red.