Ini punca air mata mummy Mas Idayu tak henti-henti mengalir semasa nikah

1,151 views

Jelas kelihatan penyanyi Mas Idayu tak dapat nak tahan sebak dan begitu lama mengalirkan air mata yang berlinangan dari matanya. 

Setelah bergelar isteri kepada penerbit, Sufian Isa, Mas Idayu dilihat terus mengalirkan air mata dan seringkali terpaksa mengelap tangisan sayunya itu. 

Melihat dirinya sedemikian, ramai yang lain turut sama sebak dan sayu. 

Bercerita tentang mengapa Mas Idayu begitu banyak mengeluarkan air mata ketika majlis pernikahan, katanya, dia pun tak menyangka perasaan itu tiba. 

Jelasnya, setelah 17 tahun berkahwin, dan hidup sendirian, kini dia sudah mempunyai teman hidup. 

“Syukur alhamdulillah, sebelum ini selama 17 tahun saya dah hidup bersendirian, sekarang ni saya sudah pun mempunyai teman hidup.” 

“Sebenarnya itu hal yang membuatkan saya rasa sayu, sebak lantas air mata ni mengalir tanpa henti.” 

Kata Mas Idayu lagi, dia mula terdetik untuk cari teman hidup sekitar dua tahun lalu, ketika telah mula timbul rasa sunyi dalam diri. 

Dalam pada itu, Mas memberitahu dia tergerak hati untuk mencari teman hidup sekitar dua tahun lalu apabila timbul rasa sunyi dalam diri selepas sudah terlalu lama hidup bersendirian. 

Memang ada beberapa jejaka yang mendampinginya namun akhirnya terpikat hati dengan Sufian Isa. 

“Sebelum ini saya tak percaya sangat dengan mana-mana lelaki pun tetapi dua tahun akhir ini saya mula rasa sunyi dan saya juga mahukan seorang teman.” 

 “Hampir hari-hari saya doa tentang ini, dan memang ada hadirnya beberapa jejaka.” 

“Sehingga akhirnya datanglah Sufian, insan yang saya amat sukai, saya rasa memang Sufian ini satu pilihan yang amat tepat.” 

Tentang suaminya itu, mula memang nampak tak mesar tetapi setelah kenal, Sufian Isa ni seorang yang kelakar orangnya. 

“Mula-mula Sufian ni memang dilihat macam jenis orang yang sombong dan masa itu saya ada tertanya-tanya siapa dia sebenarnya.” 

 “Bila dah kenal, saya suka karakter Sufian, dia ni orang yang kelakar dan apa yang dia lakukan pasti akan buat saya ketawa.”  

Sebelum ini, Mas Idayu pernah berkahwin dengan Aman Graseka pada 1997 tetapi berpisah pada tahun 2006 dan mempunyai seorang anak perempuan. 

Suami Mas Idayu, Sufian Isa pula pernah berkahwin dan mempunyai dua anak hasil perkahwinan sebelum ini.