Dengan sekali lafaz, Mas Idayu selamat bergelar isteri kepada Sufian Isa, Tahniah!

4,047 views

Pada pagi Jumaat ini, 16 September 2022, ianya merupakan hari yang cukup bersejarah buat penyanyi terkenal Mas Idayu. 

Di usia sudah masuk ke 50 tahun, Mas Idayu kini selamat bergelar isteri orang setelah diijabkabulkan dengan jejaka pilihan bernama Sufian Isa. 

Untuk info Sufian Isa merupakan seorang penerbit untuk TV3 dan antara program terbitannya ialah Mentor. 

Sekitar jam 10 pagi lebih, Sufian isa selamat bernikah dengan mas Idayu dengan hanya sekali lafaz sahaja. 

Majlis pernikahan ini berlangsung di Magica Event Hall, di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Kedua pasangan pengantin ini dilihat mengenakan busana pengantin berwarna pink. 

Sufian Isa yang kini berumur 51 tahun telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1001 dengan tujuh hantara dulang.

Pihak pengantin wanita pula menyerahkan sebanyak lima dulang hantaran. Dalam pada itu, wang hantaran tidak diberitahu jumlahnya atas permintaan pihak keluarga.

Selesai diijabkabulkan, dapat dilihat Mas Idayu tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata. 

Suasana memang hiba melihat Mas Idayu sentiasa mengelap air matanya kerana sebak sudah pun selamat bergelar isteri orang. 

Terdapat dua live yang dibuat iaitu di Instagram milik Mas Idayu dan juga di rancangan Melodi. 

Pada malam ini, ada satu lagi majlis resepsi yang diadakan di tempat yang sama iaitu di Magica Event Hall.

Pernikahan dan perkahwinan ini mendapat perhatian ramai setelah Mas Idayu dan Sufian Isa menerima tajaan lebih kurang RM7 juta yang mana ianya termasuklah lokasi pernikahan, event perkahwinan, katering, barang kemas dan banyak lagi.

Untuk info, sebelum ini , pada bulan mei, Sufian Isa telah menghantar rombongan ke rumah family Mas Idayu yang terletak di Johor Bahru untuk berbincang tentang perkahwinan mereka.

Tahniah diucapkan buat Mas Idayu dan suaminya Sufian Isa, semoga berbahagia.