Ini punca sebenar Elly Mazlein berkerusi roda semasa mengacara Gegar Vaganza malam tadi

2,150 views

Malam tadi di konsert Gegar Vaganza minggu ke tujuh, pengacara Elly Mazlein dilihat hadir ke atas pentas dengan menggunakan kerusi roda. 

Masih bertenaga dan menghiburkan ramai sungguhpun berkerusi roda, Elly Mazlein mengecewakan peminatnya. 

Kehadirannya dengan wheel chair itu bagaimanapun mendapat pelbagai persoalan yang timbul, apa puncanya Elly Mazlein kena naik kerusi roda. 

 Malahan, ketua juri iaitu Dato Ramli MS pun bertanya di awal rancangan ini sedang berlangsung. 

Kali pertama saya nak cakap, tu kenapa tu.” Tanya Tok Ram tentang mengapa Elly Mazlein berkerusi roda. 

Cuba cerita sikit apa yang jadi.” Tambah Nabil Ahmad pula. 

Di awalnya, Elly Mazlein dilihat tak mahu bercerita kejadian sebenar yang berlaku. 

Rahsia,cumanya lutut Kak Lina lari, terseliuh.” Kata Elly Mazlein setelah diasak soalan. 

Akhirnya Nabil yang dah pun tahu cerita sebenar mendedahkan bahawa Elly Mazlein sebenarnya terlibat dengan satu insiden atau kemalangan kecil. 

Dari laporan, Elly Mazlein yang lebih mesra di sapa Kak LIna Pompom telah terseliuh di bahagia lutut kaki semasa jalani penggambaran sebuah drama. 

Kau ni pun satu, cerita je lah, kau ni jatuh, terseliuh masa penggambaran baru ni.” Kata Nabil 

Melihat di laman media sosial milik Elly Mazlein, pada tarikh 30 Oktober, Elly Mazlein ada upload foto kakinay yang berbalut. 

Dari caption, Elly Mazlein berterima kasih kepada pengarah terkenal iaitu Budak Ijat serta crew produksi di atas bantuannya setelah dia terjatuh. 

Namun kata Elly Mazlein, hal ini tidaklah serisu mana, cumanya ada gangguan semasa berjalan. 

“Apabila hal yang tak di sangka-sangak terjadi.” 

“Terima kasih kepada Budak Ijat dan beberpa lagi yang manjakan Kak Lina.” 

“Mereka ni dah tolong Kak Lina sampaikan letak spray, pastu beli ais, untuk lutut saya yang meletop ini.” 

“Lepastu mereka pun ada panggil orang physiotherapy untuk datang dan check lutut saya, thank you.” 

“Semua tak ada yang serius, syukur alhamdulillah, cumanya kalau jalan tu agak tak macam miss wolrd la dik.” 
 

Itulah kisah sebenarnya Elly Mazlein berkerusi roda di pentas Gegar Vaganza, rupanya terjatuh dan terseliuh semasa jalani penggambaran drama.