Dua pelakon terkenal tanah air iaitu Fatiya Latiff dan Zarina Anjoulie dilihat kembali berbalah baru-baru ini.
Semuanya bermula apabila Fatiya memberi pandangan tentang wajah Zahirah Macwilson dan melabelnya seakan bibik.
Zarina kemudian mengatakan sikap Fatiya yang busuk hati itu merupakan sebab utama mereka berbalah sebelum ini dan telah pun putus kawan.
Dalam satu sesi siaran langsung, Fatiya terus bercerita tentang Zarina Anjoulie pula.
Antara yang menjadi perhatian ialah Fatiya membuka kisah yang mana Zarina atau Anju ada mengambil beg miliknya berjenama antarabangsa iaitu Gucci.
Kata Fatiya beg berkenaan bernilai lebih kurang empat hingga lima ribu.
“Bila kau nak pulang kan semula beg Gucci aku. Kau curi beg aku.”
“Beg tu harganya lebih kurang empat ribu lebih, bagi saya empat ribu lebih tu pun banyak.”
“Bila nak bagi balik beg aku tu, bagi balik sebelum hidup kau jahanam, aku doakan hidup kau akan jahanam.”
Dek kerana dakwaan berkenaan, ahli perniagaan terkenal Datuk Seri ALiff Syukri ada bertanya sendiri kepada Anju sama ada benarkah dia mengambil beg Fatiya Latiff.
“Betul ke dia kata kau ni curi beg Fatiya Latiff.”
Akhirnya Anju menjelaskan mengapa dia mengambil beg Fatiya itu. Ini jawapan dari Zarina Anjoulie.
“Sebenarnya dia da hutang dengan aku, dia tak bayar. Itulah ceritanya.”
“Dato, sorry to say, saya ada tunang yang boleh belikan. Tunang aku boleh belikan aku cincin, jam, ingat apa dia tak mampu nak belikan beg. Kalau beg tu aku tunjuk je.”
“Lagi elok kalau aku pakai beg dari Dato Aliff punya.”
Di ruangan caption Aliff Syukri berkata, yang baru dia tahu kisah sebenarnya.
“Baru tahu kenapa Anju amik beg tu.” Tulis Aliff Syukri.
Itulah jawapan tentang kisah beg Fatiya Latiff yang diambil oleh Zarina Anjoulie.