“Inilah saya, tak mahu dikongkong” Datuk Syafinaz jawab fesyen baju terdedah di GV

706 views

Pada konsert suku akhir Gegar Vaganza musim ke 9, Ahad lalu, gaya dan pemakaian salah seorang juri iaitu Datuk Syafinaz Selamat nampaknya menjadi topik bualan ramai. 

Ternyata ada juga penonton di luar sana yang kurang senang dengan fesyen yang dikenakan oleh Datuk Syafinaz itu kerana dikatakan agak terdedah. 

Walaupun memang cantik dikenakan, tetapi ramai berkata fesyen berkenaan tak sesuai dengan rancangan Gegar Vaganza yang ditonton segenap lapisan masyarakat. 

Menjawab komen kurnag baik tentang baju berkenaan, akhirnya pemilik badan sendiri iaitu Datuk Syafinaz tampil memberi kenyataan. 

Syafinaz berkata jika tak sukakan apa yang dibuat, boleh abaikan saja. 

“Saya ni nak hidup dengan gembira tanpa memerlukan nasihat daripada orang lain berkenaan apa saja yang saya nak lakukan. Kalau suka, ikut. Kalau tak suka, boleh lah swipe.”  

Ramai yang berkata bajunya agak terdedah, Datuk Syafinaz menjelaskan, itu memang dirinya sendiri dan dah lama berpakaian sedemikian. 

“Dari dulu sampai lah kesekarang ni, inilah diri saya. Usia saya akan mencecah 50 tahun pada tahun depan. Saya tak nak hidup saya ni perlu dikongkong oleh orang lain.” 

“Oleh itu jika anda suka dan gembira dengan saya, ikutlah. Tapi kalau anda tidak gembira boleh lah abaikan.” 

Datuk Syafinaz juga memberitahu ornag di luar sana tak perlu nak pening kepala memberi komen tentang fesyen yang dipakai olehnya. 

“Semuanya ini merupakan pilihan kita sendiri. Nak komen pun jika perlu saja lah ye. Kalau rasa tak nak komen, tak perlu nak komen apa-apa.”  

“Mengapalah awak perlu susahkan hati dan memberi komen. Saya tak rasa Tuhan ada kata awak perlu komen semua orang dalam dunia ini.” 

“Jalani saja kehidupan sendiri. Saya tidak kacau awak, awak jangan lah nak kacau saya.” 

Dalam pada itu, Datuk Syafinaz berkata dia ada team yang akan menyiapkan dirinya setiap minggu.  

“Team saya ni tahu dan amat teruja berbanding saya sendiri di setiap minggu. Saya hanya akan luluskan apa yang saya mahukan saja.” 

“Bagi saya, kena berfesyen namun jangan jadi hamba kepada fesyen. Jangan buat benda yang menyebabkan kita nampak buruk dah la.” 

Itulah komen dari Datuk Syafinaz tentang fesyen yang dikenakan pada Gegar Vaganza minggu suku akhir yang lalu seperti yang dilaporkan Kosmo.