Datin Alyah beri ucapan khas sempena birthday Tok Ram, tayang sisi lain suaminya itu di rumah

1,674 views

Tepat tarikh 17 November, maka umur ketua juri untuk rancangan Gegar Vaganza iaitu Datuk Ramli MS atau Tok Ram kini masuk ke usia 64 tahun. 

Ramli MS atau nama penuhnya Ramli Bin Mohd Salleh lahir pada 17 November 1959 di Geylang, Singapura. 

Di usia sudah masuk ke 64 tahun ini, Tok Ram adalah antara maestro muzik yang amat disegani di Malaysia. 

Sebenarnya individu paling awal memberi ucapan hari lahir sudah tentu dari isteri tercinta iaitu Datin Alyah. 

Di awal pagi Khamis, Alyah telah menulis satu ucapan panjang lebar buat suami yang tercinta itu. 

Kata Alyah, kali ini, dia tak ada buat sebarang kejutan untuk Tok Ram, dan sebaliknya dia memberi kek saja kepada suaminya itu. 

Paling sweet, Alyah menitipkan ucapan keramat iaitu “I sayang you ni honey” kepada Tok Ram. 

Ini ucapan dari Datin Alyah kepada Datuk Ramli MS. 

“Happy birthday Tok Ram atau Ramli MS. Semoga akan sentiasa berada dibawah perlindungan dari Illahi di dunia dan juga di akhirat.” 

“Untuk tahun ni memang tak ada dah kejutan, konsep dia terus terang saja.”  

“Tok Ram tanya apa tu, saya terus jawab ni kek. Kek hari jadi you lah. Malam nanti makan dengan kawanye.” 

Sementara itu Alyah juga memberi beberapa ucapan hikmah perkahwinannya dengan Tok Ram.  

“Allah telah memberikan kamu utk aku belajar kenal pencipta, kenal apa itu sabar.” 

“Tuhan juga berikan diri ini bersama kamu untuk ku ketahui sesungguhnya diriku ini juga hanya manusia biasa yang ada buat kekhilafan, dan beri pelbagai rasa dalam perkahwinan yang terbaik buat diri ini.” 

“I sayang you honey.” 

Begitulah ucapan istimewa dari Datin Alyah kepada Datuk Ramli MS sempena hari lahirnya yang ke 64 tahun. 

Dalam pada itu, Alyah juga menunjukkan sisi lain Tok Ram melalui satu video yang mana kelihatan Tok Ram banyak memakai kain pelikat semasa berada di ruamhnya. 

Ada juga moment ketika Datuk Ramli MS sedang main snuker.

Happy birthday yang ke 64 buat Datuk Ramli MS atau Tok Ram, semoga bahagia selalu bersama Datin Alyah dan family.