“Hanya dia saja yang berani nak bahan ketinggian Neelofa macam tu”

2,180 views

Antara selebriti yang terkenal di Malaysia ketika ini ialah Neelofa. Pernah merangkul anugerah Bintang Paling Popular, Neelofa kini telah berhijrah.  

Malahan, penghijrahan Neelofa semakin ketara setelah berkahwin dengan pencaramah selebriti, Pu Riz pada tahun 2021.  

Neelofa, 33 tahun, kini telah pun tampil dengan imej baru iaitu telah mengenakan Niqab atau berpurdah.

Setelah membuat perubahan dalam imej, Neelofa dilihat lebih giat melibatkan diri dalam bidang perniagaan.  

Pelbagai produk yang dijual oleh Neelofa dan suami serta keluarganya. Antaranya ialah produk Naelofar dan juga air susu Nilofa.  

Memang popular dan laku keras produk-produk Neelofa ini.  

Baru-baru ini, Neelofa ada membuat satu video sedang promosikan satu produknya iaitu telekung.  

Neelofa bersama rakan karibnya bernama Bella Zahir tampil dalam satu sesi video live untuk mempromosikan telekung keluarannya itu.  

Namun ada satu ketika itu, ketika bercerita tentang panjang telekung, Bella Zahir secara spontan bercerita bahawa ketinggiannya adalah 166cm.  

Ini membuatkan Neelofa tersentak dan berkata kononnya Bella nak menunjuk bahawa Bella tu tinggi.  

Bella terus berkata dia bukan nak menunjuk tinggi tetapi nak tunjuk kain telekung tu panjang maka sesuai kepada semua pengguna.  

“Orang kalau beli telekung, mereka mahu kain yang labuh. Guys ini dia, saya ni tinggi 166cm, dari bawah dia sampai ke atas ni kainnya.” Kata Bella sedang menjelaskan telekung itu labuh.  

Neelofa pula berseloroh, “Kenapa nak menunjuk tinggi you tu.”  

“Bukan nak menunjuk” Kata Bella.  

“Tinggi I ni 157cm” Kata Neelofa.  

Secara spontan juga, Bella terus dilihat membahan tinggi Neelofa.  

“Patutlah, patut la Lofa.” Kata Bella sambil membahan rakannya itu lebih rendah darinya.  

Neelfoa kemudian hanya tergelak saja melihat telatah Bella itu.  

Di ruangan komen, ramai menulis hanya rakan baik seperti Bella saja yang berani nak membahan ketinggian Neelofa itu.   

Ini antara komen dari peminat Neelofa:  

“Macam ni lah memang perangai sahabat yang dekat dan rapat.”  

“Bella saja yang berani dan boleh nak menghanjing Neelofa camtu.”  

Rupanya ramai juga yang baru tahu bahawa ketinggian Neelofa ialah 157cm.