Intan Najuwa dan suami bersanding kali kedua, cantik mengenakan busana tradisional

7,920 views

Pasangan pengantin baru iaiatu pelakon Intan Najuwa dan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman yang lebih mesra di sapa Asraf. 

Intan Najuwa dan Asraf disatukan sebagai pasangan suami isteri di satu majlis akad nikah di sebuah resort terkemuka di Desaru. 

Kemudian, pasangan ini mengadakan satu majlis resepsi untuk tetamu yang hadir di sebelah malam, di tempat yang sama iaitu di One and Only. 

Intan Najuwa, 26 tahun, dan Asraf, 38 tahun, kemudian telah membuat satu lagi majlis resepsi untuk kali kedua di Johor Bahru, Johor. 

Kali ini pasangan ini mengadakan resepsi di tempat bernama Rimbunan yang terletak di bandar Johor Bahru. 

Jika majlis di Desaru pasangan ini memakai baju kod dan gaun, untuk majlis ini, pasangan pengantin baru ini telah memilih tema tradisional. 

Intan Najuwa dan juga Asraf dilihat memakai busana pengantin sedondon warnanya iaitu warna jingga atau oren. 

Busana pengantin yang dikenakan oleh Intan Najuwa meerupakan baju kurung tradisional jenis songket dari pihak Sola Couture. 

Solekan pula menerima sentuhan dari Fendy Afandi manakala penggayaan rambut oleh Siti Fairuz. 

Intan Najuwa juga menggunakan khidmat hiasan inai di tangan dari Ezza Ahmad. 

Datuk Ahmad Azraf Azman juga dilihat segak dengan baju melayu songketnya dan juga bersongkok. 

Majlis perkahwinan ini juga telah dijayakan oleh fotografer dari Noziejoy Studio.  

Ini beberapa keping foto sekitar majlis resepsi kedua Intan Najuwa dan juga Asraf. 

Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran ramai tetamu. 

Sebelum masuk, pihak lelaki juga dikenakan tol dan telah diminat untuk berpantun. 

Setelah dua tahun berkenalan, akhirnya pasangan secocok ini disatukan sebagai suami isteri juga. 

Semoga ikatakan perkahwinan yang dibina oleh Intan Najuwa dan Asraf akan kekal sehingga ke anak cucu cicit dan juga membawa ke jannah.