“Iqbal memang layak, penuhi kriteria sebagai peserta” ~ Astro

6,667 views

Astro yang merupakan penyiar rancangan Big Stage, memberitahu penyertaan Ahli perniagaan, Ahmad Iqbal Zulkefli adalah sememangnya layak.

Jelas pengurus Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, Ahmad Iqbal sememangnya menepati ciri-ciri serta syarat kelayakkan sebagai peserta rancangan Big Stage.

Walaupun menerima pelbagai reaksi yang kurang baik, jelas Norzeha, pihak produksi ada sediakan buat semua peserta untuk meningkatkan lagi mutu nyanyian mereka.

”Dengan lebih 2 juta views oleh lagu Ahmad Iqbal iaitu lagu Hujan, rancangan Big Stage telah menawarkan platform untuk dia buktikan kebolehan dirinya di pentas yang lebih besar.”

Ini kriteria dan syarat yang Iqbal telah ada, sebagai peserta Big Stage.

“Big Stage kali ini ada pelbagai peserta, iaitu peserta berbakat dan peserta yang telah viral seperti Iqbal dan Jerung Merah.”

“Syarat utama untuk peserta ialah, pertamanya mereka semua kena berumur 30 tahun ke bawah. Keduanya mereka kena memiliki video nyanyian lagu sendiri atau cover lagu, di mana-mana platform media sosial dengan tontonan lebih setengah juta views atau 500000 tontonan. Kesemua peserta Big Stage msuim ini termasuklah Iqbal memenuhi kriteria dan syarat berkenaan.”

Jelas pengurus Astro Ria, tempat Big Stage ini merupakan peluang untuk penyanyi menunjukkan bakat mereka.

”Sekarang ini merupakan era digital, kita nampak begitu banyak bakat baru di platform digital, tetapi vokal mereka belum terbukti sepenuhnya.”

“Semasa mereka hanya merakam lagu, ada edit dan tambah baik yang dibuat, sebab itu lagu itu macam sempurna dan sedap didengar.”

“Tetapi di Big Stage, ini pentas dan peluang sebenar agar para peserta dapat tunjuk kemampuan mereka untuk menyanyi. Harap semua peserta dapat tunjuk kemampuan masing-masing.”

Tentang ura-ura bahawa Iqbal mahu tarik diri, Norzeha tiada menerima kenyataan secara rasmi dari Ahmad Iqbal.

“Buat masa sekarang, produksi dan Astro tak ada infomasi tentang peserta yang mahu menarik diri. Seperti peserta lain, Ahmad Iqbal dah tanda tangan perjanjian untuk berada di dalam pertandingan selama lapan minggu atau pun sehingga tersingkir.”

“Kalau ada peserta yang nak menarik diri kerana hal yang munasabah, pihak produksi akan mempertimbangkannya.”

Itulah kenyataan dari pengurus Astro Ria tentang isu melibatkan Ahmad Iqbal.