“Tak hadap jadi juri, saya world class” Azwan Ali

2,756 views

Pengacara yang terkenal kerana sering bermulut laser dan cakap lepas iaitu Azwan Ali berkata dia tidak akan menerima jika ditawarkan menjadi juri kepada rancangan reality, sekiranya rancangan berkenaan tidak menepati apa yang dia mahukan.

Azwan yang lebih mesra dikenali dengan nama Diva AA mendedahkan, memang ada beberapa pihak dan orang yang mahu melihat dirinya sebagai salah seorang juri.

Malah ada yang dah pun tag pengacara berumur 55 tahun ini, berkenaan satu rancangan yang sedang tular ketika ini.

Jelas Azwan Ali, dia mempunyai class tersendiri dan tak akan ambil program yang dilabel tak bermutu.

“Berbillion yang dah tag mengapa Diva AA tidak jadi sebagai juri? Diva AA selamba saja jawab, tidak hadap pun sebagai juri program najs macam tu.”

 “Saya ni world class, engkau pergi sekolah tak.” Tulis Azwan Ali lagi.

Jelas Azwan Ali lagi, hanya rancangan yang berkualiti saja yang akan dia sertai.

Ketika ini, Azwan Ali merupakan pengacara untuk rancangan reality terbaru berjudul Mic On musim kedua. Azwan akan berganding dengan Issey Fazlisham sebagai hos rancangan berkenaan.

Antara rancangan terakhir Azwan Ali sebagai pengacara ialah rancangan nyanyian Lagu Cinta Kita yang mana Azwan berganding dengan Elly Mazlein. Ketika itu, jurinya ialah Hael Husaini dan juga Mas Idayu.

Dari komen-komen, dikatakan penulisan tweet dari Azwan Ali itu dikatakan berkait rapat dengan satu rancangan reality terbitan Astro iaitu Big Stage.

Big Stage membuat kejutan kerana memanggil Ahmad Iqbal sebagai salah seorang peserta dalam rancangan berkenaan. Ini telah menimbulkan banyak persoalan serta rasa kurang senang dikalangan artis sendiri.

Antara yang lentang bersuara ialah Dato Hattan dan juga Dato Ac Mizal. Ada yang mengatakan tak patut menjemput peserta sedemikian apatah lagi mempunyai juri yang berprestij iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.