Pelakon Julia Farhana akui membela seekor anjing

9,525 views

Pelakon Julia Farahan akui dia memang ada membela seekor anjing di rumahnya.

Julia Farhana turut muatnaik video anjing berkenaan di laman media sosial miliknya yang diberi nama Julio.

Kata Julia Farhana, sebenarnya keluarganya yang membela anjing berkenaan dan ianya telah pun dilatih untuk tak jilat atau pun engaja bersentuhan.

“Nama ia ialah Julio, memang anjing peliharaan kami satu family. Selain anjing berkenaan, saya juga membela sebanyak tujuh ekor kucing, semua nya telah diselamatkan.”

“Memang hal ini satu pekara yang agak sensitive sebagai Muslim, sudah tentu perkara yang dibangkitkan netizen ialah terkena air liur atau pun bersentuhan dengan anjing berkenaan.”

“Sebenarnya itu bukan satu isu, kerana Julio dah dilatih dengan baik, dia tak jilat dan sentuh kami semua.”

“Di video pun dapat tengok, kami tak sentuh pun Julio, malah ianya bukan jenis anjing yang mempunyai air liur yang meleleh.”

Julia Farhana memberitahu, segala urusan dan penjagaan anjing berkenaan dilakukan oleh pembantu rumah yang bukannya beragama Islam.

“Nak bagi makan, mandikan atau tukar diapers, semua dibuat oleh pembantu rumah yang bukan Muslim pun. Setiap bulan Julio akan dihantar untuk grooming.”

“Memang tak ada sentuh ketika Julio basah. Dia pun jalan di kawasan tertentu saja.”

“Bilik tempat solat pula terletak di tingkat paling atas, Julio memang tak boleh masuk.”

Julia Farhana mendedahkan sebenarnya dia membela anjing berkenaan kerana tiada siapa yang mahu kerana ada masalah kulit.

“Kami ambil Julio semasa berumur dua bulan. Masa tu tak ada siapa jaga sebab ada masalah dengan kulitnya. Saya memang dah biasa dikelilingi anjing sejak kecil lagi.”

“Dah biasa latih anjing. Ketika membesar di Australia, ibu bapa saya ada empat ekor anjing. Sekarang lagi mudah, kalau tersentuh pun ada sabun untuk buat sertu.”

Bagi Julia Farhana dia tahu menjaga batas sebagai Muslim walaupun mempunyai seekor anjing.