Iqbal nak hantar rombongan masuk minang, DS Vida minta ikut adat, jumpa keluarga

17,984 views

Ahmad Iqbal Zulkefli, bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Vida, mini dikatakan amat serius untuk merancang masuk minang ahli perniagaan berstatus jutawan berkenaan.

Pemuda berumur 27 tahun ini berkata, dia benar-benar ingin mereka berdua melangkah ke fasa yang baru, dan tak mahu buang masa hanya bercinta dengan Datuk Seri Vida.

Saya dah pun berfikir masak-masak, saya tak nak lagi dah main-main dengan perasaan ini lama-lama. Saya dah rancang nak datang merisik dan meminang Datuk Seri Vida dalam masa terdekat. Saya dah contact kakak Vida di kampung dan beritahu tentang niat saya ini.

Berkenaan bila waktunya tu, saya tak boleh cakap lagi sebab masih lagi Perintah Kawalan Pergerakan dan ini susah sikit untuk family berjumpa. Kalau boleh minggu depan saya nak hantar rombongan dah.

Iqbal turut menyatakan dia dah pun bercakap tentang hal ini kepada Datuk Seri Vida, dan mahu berjumpa keluarga Vida.

Saya dah pun cakap tentang hal ini dengan Vida, dia pun dah faham maksud saya akan tetapi, dia minta saya ikut adat sebab dia kan perempuan. Adalah lebih baik untuk saya jumpa family dia terlebih dulu. Apapun, saya pun tak nak buang masa dah.

Iqbal akui dia rasa amat lega setelah Datuk Seri Vida disahkan masih subur dan boleh mendapatkan anak lagi.

Sudah dua kali dia buat ujian kesuburan. Syukur alhamdulillah dia masih boleh hamil. Itu satu berita yang amat baik untuk kami. Kalau kahwin nanti, boleh dapat anak.

Saya kahwin memang mahukan anak dan dia sendiri sanggup buat ujian untuk memastikan dia masih boleh mengandung, saya kira itu satu pengorbanan besar dari dia untuk saya.

Dalam masa sama terdetik juga rasa kasihan sebab dia mengandung di usia nya sebegitu. Namun jika berkahwin sudah tentu soal zuriat amat penting.”

Iqbal juga dengan tegas berkata, apa yang berlaku antara dia dan Datuk Seri Vida ini bukanlah untuk gimik nak lariskan jualan perniagaan mereka.

Saya pada ada minta dia slow sikit kalau nak menjual namun dia cakap hal itu dah sebati dengannya. Tapi saya nak orang tahu, luahan perasaan saya ini adalah benar. Saya tak boleh simpan perasaan yang memang lama ada dalam hati saya ini.