Kisah tentang penyanyi popular Ernie Zakri yang dikhabarkan sedang hamil anak pertama nampaknya seakan benar.
Ini apabila Ernie ada muatnaik satu video baru di laman Instagram miliknya semalam. Menerusi video berkenaan, memang sudah jelas dirinya kini dah nampak baby bump.
Video berkenaan sebenarnya sedang promosikan bank CIMB iaitu cara nak buka akaun bank hanya secara online.
Namun, lebih ramai yang fokuskan tentang baby bump Ernie yang jelas kelihatan. Ini sekaligus membuat ramai yang teruja dan menulis komen tentang baby bump berkenaan.
Namun begitu, isteri kepada Syamel ini tak ada pun memberi sebarang penjelasan mahupun membalas komen-komen di ruang komen post berkenaan. Ernie memilih untuk mengunci mulut.
Selain para peminat, begitu ramai rakan dari kalangan ertis yang turut menulis komen kepada Ernie. Antaranya ialah Elfira Loy, Nabila Razali, Idayu dan Mrasha Milan Londoh.
“I can see itu already, so cute.” Tulis pelakon Elfira Loy.
Idayu pula memberi nasihat kepada Ernie memintnya lebih berhati-hati ketika berjalan. “Jalan slow-slow ye dik.”
Ini pula komen dari penyanyi yang terkenal dengan nama cumi-cumi iaitu Nabila Razali. “Saya di sini untuk baby bump.”
Marsha Milan pula ada menulis komen ini “I see it, dah nampak.”
Pelawak dan pelakon Achey pula memilih untuk memberi ucapan tahniah terus. “Abang nak ucap tahniah dulu lah.”
Selaini itu, seorang peminatnya berkata memang mustahil itu bukan baby bump kerana Ernie berbadan kecil, tak mungkin akan ada buncit.
“Jika nak cakap buncit macam tak betul pula. Ernie ini kan orangnya hanya kecil molek saja, takkanlah ada buncit macam tu. Mesti dah ada.”
Apapun, Ernie Zakri dan juga Syamel memilih untuk tidak berbicara tentang soal ini. Sehingga sekarang belum ada sebarang kenyataan lagi. Tak apa yang penting semuanya sihat.
Diimbas kembali, Syamel dan Ernie bernikah pada bulan Mac yang lepas di Masjid Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.