Ahmad Iqbal Zulkefli sekali lagi tampil membidas dan menafikan kenyataan yang dibuat oleh bekas majikan dan juga kekasih hatinya iaitu Datuk Seri Vida.
Kenyataan melibatkan bayaran gaji sebanyak RM50ribu sehingga RM100ribu yang diterima Iqbal dari Vida ketika menjadi pembantu peribadinya dulu.
Jelas Iqbal, apa yang dikatakan oleh Vida itu tak betul sama sekali.
“Mengarut gaji RM50000. Dulu masa mula-mula, saya dapat RM1400 saja, dan kalau nak naik RM200 pun sampai berkelahi dan nak kena buang kerja.”
“Dah tiga tahun, baru gaji saya jadi RM2000 lebih. Itu pun saya kerja kuat dari Subuh sampailah ke malam, gaji saya sama sahaja dengan staf yang lain, dan ada juga staf lain gaji lebih tinggi. Tapi siapa rajin dan kreatif buat jualan, maka mereka akan dapat lebih banyak.”
“Tak bagus jika nak berjanji seperti itu. Nanti ada orang betul-betul mencari kerja harap sangat nak terima gaji banyak macam itu.”
Iqbal juga mempersoalkan kriteria yang ditetapkan oleh Vida, iaitu mahukan pembantu lelaki. Selain lelaki, Vida juga mahukan yang handsome dan kalau boleh pandai menyanyi.
“Apa isunya kalau amik pembantu peribadi wanita. Sekarang ini wanita pun dah bijak dan pandai edit video semua, malah bijak berniaga dan boleh lakukan semua benda. Tak cukup bagus ke staf yang ada sekarang ni. Sebenarnya ramai pekerja lain yang tak dapat perhatian sepenuhnya.”
“Atau di nak pembantu lelaki dengan tujuan lain contoh untuk berjoget seperti yang dia pernah buat lepas buang saya dulu. Itu menjatuhkan martabat janda.”
Iqbal sekali lagi meminta Vida jangan melibatkan dirinya dengan apa juga isu selepas ini.
“Dia kata saya ni yang selalu sebut nama dia, walhal lama saya tak tulis kisah melibatkan dia tapi dia yang masih meroyan di laman media sosial. Kalau boleh saya dah tak nak dah sebut nama dia, namun ni yang tak boleh duduk diam.”
Itulah kenyataan dari Iqbal tentang gaji dari Dato Seri Vida.