Pakai terdedah, ramai tanya Caprice kenapa tak tegur isteri “Percayalah, dah tegur”

13,761 views

Pengantin baru Caprice kini sedang bahagia dengan family barunya, bersama isteri Fara Inalis dan anak tiri, Aleesya Sofea.

Baru berkahwin, kini ramai mula persoalankan mengapa Caprice tidak menegur cara pemakaian isterinya itu yang dilihat agak terdedah.

Ini sekaligus membuatkan ramai mempersoalkan perjuangan caprice selama ini, kononnya untuk kemajuan dan kejayaan ummah.

Baru-baru ini, Caprice telah memberi jawapan tentang hal ini. Ini kenyataan dari nya.

“Soalan yang ramai mesej melalui DM dan dari ruangan komen ialah, tak mahu tegur bini ke. Percayalah, saya sudah buat.”

“Namun begitu, saya bukannya yang jenis memaksa orang kerana saya sendiri pun ada kekurangan. Saya juga tak mahulah jika dia berubah hanya sebab saya atau sebab orang lain. Saya nak dia buat kerana Allah.”

“Sekarang ini, sejak dia dikenali ramai, perjalanan yang dia lalui agak berliku, namun saya harap dia akan dapat laluinya.”

Dalam pada itu, Caprice ada memberi contoh beberapa artis yang telah berhijrah kepada isterinya itu.

“Sejak akhir ini, saya ada bagi dia banyak contoh artist macam Zizi Kirana, Fazura, dan juga Izara Aishah, yang diharapkan akan dapat inspire diri dia untuk berubah dan juga dapat membakar semangat dia.”

“Semalam pun, kita ada bertelingkah sikit sebab dia kata dan tanya kenapa jarang post gambar dia di Instagram utama saya. Lepas tu saya cakap, saya akan post di Instagram utama saya ini jika dia berhijab. Nasib baik tak kena tidur sofa.”

“Saya nak ucap terima kasih kepada yang beri nasihat pada saya dan ada yang mesej saya, saya akan mencuba sebaik mungkin untuk jadi seorang suami dan ayah yang baik.”

Itulah penjelasan dari Caprice tentang isterinya. Apapun, mereka berdua ni baru berkahwin, nanti lama-lama si isteri akan tersentuh dan berubah kearah kebaikan sedikit demi sedikit.