Isteri Caprice rebah, kini di hospital, ini puncanya

6,329 views

Semalam, penyanyi Caprice memberitahu bahawa isteri yang baru dikahwininya, Farra Inalis telah rebah dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Penyanyi ini mengatakan apa yang berlaku adalah kemungkinan disebabkan tekanan yang terlampau dan juga kepenatan yang keterlaluan.

Farra Inalis yang lebih mesra disapa Elis, sebelum ini ada mengadu sakit kepala, pada dua hari lepas.

“Dalam dua hari yang lalu, kami bali lambat dari office, untuk kerja. Sebelum makan, dia kata ada rasa pening kepala dan tiba-tiba, bila dia nak pergi ambil barang di dapur, dia telah rebah dan tak bergerak.”

“Isteri saya kata dia tak nampak apa-apa, pandangan jadi kabur dan ada dengar deringan di telinganya. Saya kemudian cepat-cepat terus bawa dia ke hospital.”

Setelah mendapatkan rawatan di hospital, doktor ada memberitahu Caprice bahawa antara diagnosis ialah isterinya mungkin alami vertigo.

Elis kemungkinan akan di refer dengan doktor pakar termasuk doktor kardiologi.

“Kalau ikutkian, dua minggu ini, sejak kami berniaga semula, memang Elis terpaksa ikut jadual dan cara saya kerja. Kadangkala pulang lewat, sampai dua pagi.”

“Mungkin juga antara sebab dia jadi begini kerana terlalu keletihan. Sebab dia tak biasa dengan cara kerja saya.”

Caprice juga ada mendedahkan bahawa sejak berkahwin, akaun Tik Tok milik Elis selalu menerima komen yang kurang elok dari netizen. Elis juga sudah tiada privacy dan sering jadi tumpuan public.

“Memang sejak kami bergelar suami isteri, akaun dia selalu kena komen yang tak berapa baik dari netizen. Mungkin dia dah tanggung bebanan dan tekanan.”

Jelas Caprice, apa yang berlaku memang berpunca dari diri Caprice sendiri dan meminta orang ramai jangan memberi tekanan kepada isterinya sebaliknya menyalurkan segalanya kepada Caprice sendiri.

Itulah keadaan terkini Caprice dan isterinya Farra Inalis, semoga cepat sembuh ye.