“Sedihnya.. saya nak bantu agar Ashira tak perlu basuh pinggan lagi” Datuk Seri Vida

7,545 views

Kisah yang melanda pasangan penyanyi Ashira dan Bad Indigo mendapat perhatian dari ahli perniagaan bertaraf jutawan iaitu Datuk Seri Vida.

Ashira dan Bad Indigo yang bertemu dan jatuh cinta di pentas pertandingan Gegar Vaganza musm lalu, musim ke tujuh, telah berkahwin. Namun mereka telah diuji setelah Bad Indigo jatuh sakit.

Bad telah terkena komplikasi diabetes sehinggakan beberapa jari kakinya telah dibuang.

Kerana itu Bad Indido tidak dapat meneruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi buat masa sekarang, malah menghadapi kesukaran untuk berjalan.

Buat masa sekarang Bad akan berjalan menggunakan bantuan walker.

Semalam telah dilaporkan bahawa Ashira kini telah ambil upah bekerja di kedai makan pada hujung minggu untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Antara kerja Ashira ialah membasuh pinggan mangkuk mengambil pesanan makanan dan juga mengantar pesanan makanan.

Menerusi satu hantaran di laman IG, Datuk Seri Vida telah terkesan dengan kisah ini dan menulis mahu memberi bantuan kepada pasangan ini. Ini yang ditulis oleh Vida.

“Saya sedih dan turut rasa bersimpati di atas perkhabaran ni. (Sambil letak emoji sedah dua kali)”

“Dengan izinnya, insyallah saya memang nak tolong dan bantu. Ada sesiapa boleh bagi contact Ashira ataupun Bad Indigo tak. Macam mana nak hubungi, ada Ig dia.”

“Saya memang nak tolong agar Ashira dah tak perlulah nak basuh pinggan di kedai makan lagi. Tolong sampaikan niat dan juga keprihatinan saya ini.”

Sebelum ini, Ashira ada membuat kenyataan bahawa dia dan keluarga masih boleh lagi bertahan dan tidaklah sampai memerlukan bantuan dari orang ramai.

Ashira berkata dia masih lagi ada kudrat untuk bekerja, dan boleh mencari pendapat sendiri. Namun Ashira menegaskan tiada sesiapa pun yang memaksanya untuk bekerja.

Kita tunggu adakah niat murni Datuk Seri Vida kepada Ashira dan Bad Indigo ini akan kesampaian.