“Jujur aku masih sayang bekas isteri..” Fizi Ali luah perasaan secara live

4,791 views

Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali ada meluah rasa hatinya setelah kisah perpisahannya dengan bekas isteri Shakilla Khoriri kini diketahui umum.

Ketika dia keudara di stesen radio Suria FM segmen Team Pagi, Fizi akui memang masih lagi ada rasa sayang kepada bekas isterinya itu. Maklumlah mereka dah kenal lama sejak tahun 2013 lagi.

“Sebenarnya mana ada yang nak kan perpisahan. Tak ada seorang manusia pun bila dah kahwin di dunia ini mahu perpisahan dan kalau ianya terjadi, kadangkala, bukan atas kemahuan kita.”

“Bila berlaku, kita akan rasa macam-macam, rasa kehilangan. Sejujurnya, kalau pendengar Suria, Ajak, Suraya nak tahu, aku masih lagi sayangkan bekas isteri aku.”

“Bagi aku, dialah segalanya untuk aku. Kami berkenalan hampir lapan tahun termasuk kami dah nikah selama tiga tahun. Macam-macam dia dah ubah aku. Dan memang dia dah buat pelbagai untuk diri aku.”

Tentang anak, Fizi Ali masih tak tahu cara nak cerita hal berkenaan kepada anaknya buat masa sekarang ini. Dia hanya akan cari alasan jika anaknya bertanya.

“Sampai satu tahap, aku memang tak tahu apa nak cakap kat anak aku. Bila anak saya tanya mana umi, aku cakap, umi kerja. Bila dia tanya mana daddy, dia akan diberitahu bahawa daddy kerja.”

“Aku minta doakan aku dan juga bekas isteri aku, agar kami kuat untuk tempuhi semua ini.”

Menerusi laman Instagram miliknya, Fizi ada muatnaik satu kata-kata semangat untuk dirinya.

“Hidup ini memang terlalu singkat untuk diri ini terus meratapi kesedihan. Kita kenalah kuat dan bangkit semula. Kita kena teruskan untuk buat benda dengan cara terbaik. Kena hadap semuanya dengan senyuman diukir. Insyallah semua akan okay.”

Untuk info, Fizi Ali dan Shakilla Khoriri nikah pada 18 Februari 2018 dan mempunyai seorang anak perempuan diberi nama Ameena Sofia.