Isteri Nd Lala muatnaik gambar penyondol, ramai terkejut “Lawa lagi isteri pertama, ingat bibik”

5,925 views

Isteri kepada pelakon dan penyanyi terkenal Nd Lala iaitu Fauziah Sarman yang menggunakan nama Mama Zie telah membuka cerita tentang kisah penyondol rumah tangganya. 

Ibu kepada Shila Amzah ini telah memuatnaik sekeping foto berserta nama seorang wanita dengan melabelnya sebagai seorang penyondol. 

Hal ini didedahkan pada petang Sabtu sebentar tadi. 

Sungguhpun kisah perkahwinan Nd Lala dengan Mama Zie dilihat bahagia, akhirnya kisah mereka kembali jadi bualan. 

Mama Zie menulis caption dengan menamakan wanita berkenaan sebagai Munirah dan upload fotonya, sambil tag nama akaun media sosial milik suaminya Nd Lala. 

Ini caption yang ditulis: “Penyondol Siti Munirah Abd Ghani, Nd Lala.”  

Apa yang menarik perhatian ramai ialah Mama Zie turut memadam beberapa keping foto gambar suaminya di laman media sosial. 

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen ditulis oleh orang ramai dan rata-rata terkejut dengan pendedahan secara terbuka berkenaan.  

Antaranya menyebut kemungkinan Mama Zie sudah hilang sabar dengan apa yang terjadi. 

Selain itu, ramai juga yang terus saja mengecam wanita penyondol berkenaan, malahan ada yang ingatkan itu adalah bibik. 

Ini antara komen yang ditinggalkan. 

“Mungkin sebagai isteri dah hilang sabar.” 

“Soalnya lelaki pun melayan ke tak tu, rasanya penyondol ni tak akan syok sendiri.” 

“Dah banyak kali baca ingat kan tengah cari bibik yang larik.” 

“Muka penyondol memang semua macam hare.” 

“Sebaya Shila Amzah ke ni, penyondol muka macam harey. Bibik sape terlepas ni.” 

Sehingga kini tiada kenyataan lanjut dari Nd Lala, isterinya iaitu Fauziah Sarman dan juga anak-anaknya iaitu Shila Amzah dan juga Syada Amzah. 

Sebelum ini, walaupun ada ura-ura, namun Mama Zie sering saja memuatnaik gambar bersama dengan Nd Lala, keluar bersama dan makan bersama.