Isteri update perkembangan terkini Zul Yahya, jalan kaki kerana ada isu keluarga

9,543 views

Semalam, ada cerita tentang pelakon, Zul Yahya yang mana dikatakan mempunyai isu dalaman melibatkan keluarganya. 

Pelakon berumur 50 tahun ini dikatakan telah keluar berjalan kaki sejak jam 4pagi, dan masih berjalan sehingga jam 8 pagi. 

Hal ini mula diketahui umum setelah ada satu video menunjukkan Zul Yahya berjalan kaki, tanpa arah tujuan. 

Captionnya berbunyi seperti ini: “Abang Zul Yahya ada masalah keluarga, dia keluar jalan kaki sejak jam 4 pagi sampailah sekarang ni dah jam 830 pagi. Sesiapa yang ada terjumpa dia, bolehlah bantu. Dia masih lagi ada di Perak.” 

Video berkenaan lantas menjadi bualan dan orang ramai nak tahu apa yang terjadi dan apa perkembangan terkini keadaan Zul Yahya. 

Ternyata ramai yang risau dengan keadaan Zul Yahya itu. 

Akhirnya isteri kepada Zul Yahya tampil memberi satu kenyataan dan menyatakan keadaan terkini Zul Yahya. 

Menerusi laporan Mstar, isteri kepada Zul Yahya iaitu Siti Raihan memberi update bahawa kini keadaan suaminya itu baik-baik saja, dan telah pun pulang ke rumah. 

Raihan berkata lagi, memang benar Zul Yahya keluar berjalan di awal pagi itu, dan dia mahu mendapat ketenangan diri. 

“Dia sekarang ni okay saja, dia pun dah ada di rumah. Zul okey dia tak ada apa-apa.”  

“Tentang video dia itu, tak ada apalah. Dia ambil masa sendiri untuk menenangkan diri dia ketika itu.” 

Dalam pada itu, Raihan juga berkata hubungan mereka masih lagi dalam keadaan yang baik.  

“Dengan izin dari Illahi, insyaallah, hubungan kami tak ada apa-apa.” 

Itulah perkembangan terkini dari isteri Zul Yahya setelah tular video pelakon berkenaan berjalan sendirian sejak jam 4 pagi. 

Untuk info, Zul Yahya telah berhijrah dan kini tidak lagi berlakon, lebih fokus pada keluarga dan perniagaannya. 

Zul Yahya berkahwin dengan Siti Raihan pada tahun 2007 dan mereka mempunyai empat orang anak.