Puteri Sarah tak kemaruk title Datin, tak kisah kalau Syamsul Yusof dapat Datuk

3,787 views

Bulan Mac yang datang, Puteri Sarah akan naik mahkamah untuk kes melawan keluarga madunya iaitu family Ira Kazar, isteri kedua Syamsul Yusof. 

Sejak akhir-akhir ini, banyak persoalan yang ditanya kepada Puteri Sarah, ketika isteri pertaam Syamsul Yusof ini tampil live di laman media sosial. 

Puteri Sarah hanya melayan saja pelbagai persoalan dari peminatnya. 

Baru-baru ini, ada satu soalan tentang suaminya Syamsul Yusof. 

Semua pun dah maklum, Syamsul Yusof ini ada aura tersendiri yang mana kebanyakkan karya arahannya iaitu filem arahannya akan menjadi box office. 

Kalau dari carta top 10 box office filem di Malaysia, memang banyak karya dari Syamsul Yusof. 

Yang terkini dah tentulah filem paling laku keras iaitu filem Mat Kilau, yang mengutip sebanyak RM97 juta. 

Bila dah berjaya seperti Syamsul Yusof ni, memang layak lah untuk diperkatakan, bahawa tak lama lagi, Syamsul Yusof akan menerima anugerah dan bakal bergelar seorang Datuk. 

Dari persoalan seorang peminat, dia bertanya sama ada Puteri Sarah akan terkilan jika tak dapat tittle Datin, jika Syamsul Yusof dapat Datuk.  

“Kak Puteri Sarah tak kisah ke, sebab orang kata nanti kalau abang Syamsul jadi Datuk, Kak Sarah dah tak dapat nak jadi Datin.” 

Bagi Puteri Sarah, dia sama sekali tidak memandang pangkat ataupun darjat. Cukuplah untuk masa sekarang ni dia mencari duitnya sendiri dan berdiri di atas kaki sendiri.  

Puteri Sarah tak mahu lagi bergantung kepada suaminya, sebaliknya akan berusaha untuk mencari pendapatan sendiri.  

“Mengapa pula saya nak kisah tentang benda tu. Bagi sayalah, gelaran atau pangkat macam ni ke, ianya tak bagi apa makna pun kat saya. Yang pentingnya sekarang ni saya ada kerja. Saya pun dah ada wang sendiri jadi bolehlah beli apa yang saya mahukan, nak shopping apa pun boleh.” 

“Dengan duit sendiri, saya boleh bawa anak jalan-jalan, nak beli beg ke, apa ke semua boleh. Oleh itu, gelaran ni tak penting, yang pentingnya dalam bank tu ada duitlah yang banyak.” 

Itulah pendapat dari Puteri Sarah apabila ditanya jika Syamsul Yusof dapat gelaran Datuk.