Ramai tanya tentang status ayahnya, Shila Amzah diasak soalan semasa sesi live

3,587 views

Baru-baru ini ada berita melaporkan tentang seorang artis yang terkenal era 80an yang dah berkahwin seorang lagi. 

Sehingga kini, memang tak ada siapa yang mengetahui siapakah gerangan artis berkenaan. 

Ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya dan terus meneka. Tanpa disangka, tiba-tiba nama penyanyai dan ahli perniagaan, ND Lala pula yang disebut-sebut. 

ND Lala merupakan bapa kepada penyanyi hebat Shila Amzah. 

Dek kerana itu, Shila Amzah telah diasak oleh beberapa peminatnya tentang isu ini. 

Shila Amzah telah ditanya oleh beberapa peminatnya ketika buat satu sesi live petang tadi. 

Semasa sesi live itu, Shila Amzah sedang berada di dalam kereta dalam perjalanan pulang bersama rakannya bernama Aina. 

Ketika live, ada yang terus saja bertanya adakah benar ura-ura mengatakan ayahnya ada isteri baru. 

Betulke Shila ada mama baru. Nak tengok gambar mama baru Shila.” Itu antara soalan dari netizen. 

Shila Amzah ada membaca komen yang ditulis itu, namun keadaannya tenang-tenang saja. 

Kata penyanyi ini, dia tak mahu menjawab ura-ura tersebut dan berkata dia hanya ada seorang mak saja, iaitu mak yang melahirkannya. 

“Saya tak mahulah jawab ura-ura ni, nanti kena marah pula. Ura-ura ni pun tak ada kena mengena dengan diri saya.” 

“Sibuk je tanya. Saya ni hanya ada seorang mak saja iaitu mak yang melahirkan saya, yang lain tu, bukan mak saya.” 

Itulah sedikit saja jawapan dari Shila Amzah, dan kemudian dia tidak lagi melayan soalan berkenaan isu berkenaan. 

Penyanyi berumur 32 tahun ini dilihat lebih banyak menjawab persoalan lain terutama melibatkan konsert yang akan dijayakannya pada hujung minggu ini. 

Untuk info, Shila Amzah akan mengadakan konsert pada 4 Mac ini di KLCC.