“Isu Rm40000 satu malam, ramai mesej kat IG” Ini kenyataan Chacha Maembong

37,652 views

Adik kepada Emma Maembong iaitu pelakon Chacha Maembong sekali lagi tampil membela diri. Kali ini ada isu tentang artis yang mampu raih sebanyak RM40 ribu satu malam, menerusi kegiatan bersama golongan atasan.

Memetik dari satu laporan portal Harian Metro, Chacha atau nama penuhnya Siti Aisyah terpaksa sekali lagi membuat kenyataan ekoran ada pihak yang cuba kaitkan namanya.

Dikatakan ramai yang mesej kepada Chacha Maembong dan ada juga yang menulis komen di Instagram, ramai yang tanya tentang hal ini.

Membidas dakwaan yang dilemparkan padanya, Chacha berkata jika dia dapat wang sebanyak itu, maka dia dah tak perlu susah payah nak berlakon mahupun berniaga.

“Jika benarlah saya dapat RM40 ribu untuk satu malam, buat apalah lagi saya nak berlakon. Saya dari dulu keluar pergi kerja, memang cari sumber rezeki”.

“Orang di luar sana nak kata apa-apa macam-macam, silalah teruskannya. Nanti pada satu hari ianya terbukti juga”.

“Semalam ada isu kait nama saya dengan kes RM40 ribu tu. Ada yang mesej kat Instagram dan juga kat ruangan komen. Kalau hal tu betul, saya memang tak payah berlakon atau kerja”.

“Namun, itu semua mulut orang cakap dan mungkin nak kaitkan dengan perangai saya zaman dulu-dulu. Saya dah berubah pun orang masih cakap hal dan perangai lama tu”.

Tentang kariernya, Chacha Maembong kini berada di set penggambaran drama berjudul Bidadari Salju yang diterbitkan oleh Dato Aaida.

Bercerita tentang businessnya, Chacha memberitahu dia kena ambil tindakan mahkamah kepada pihak yang buat tak betul yang melibatkan dirinya dengan kes yang sedang disiasat SPRM.

“Ada kata produk saya tu datangnya dari sumber wang yang tak sah. Jadi saya kena explained hal ini. Untuk reputasi produk saya juga memandangkan ianya baru di pasaran”.

“Saya akan ambil tindakan kepada komen melampau. Saya berani sebab tak bersalah”.

Itulah kenyataan dari Chacha Maembong tentang isu ada artis yang mampu dapat wang besar hanya untuk satu malam. Identiti artis berkenaan kini masih belum diketahui.