Itu dah lebih, Rita Rudaini buat report polis, nak saman

4,656 views

Dalam dunia penuh dengan lambakan media sosial ini, memang mudah kita untuk tulis apa yang dirasakan secara terbuka. Kadangkala pandangan serta komen yang dituils agak membuta tulis dan ianya boleh mengundang rasa kurang senang kepada orang lain.

Jika sebelum ini Jasmin Hamid buat report polis dan juga mengambil keputusan untuk saman beberapa netizen yang menulis komen kurang baik kepada anak angkatnya, kali ini kes yang sama berlaku juga kepada pelakon popular Rita Rudaini.

Rita Rudaini mengesahkan telah pun buat satu report polis terhadap individu yang menulis komen mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya dengan pemain bola sepak Malaysia iaitu Aidil Zafuan.

Laporan polis dibuat oleh pelakon ini spesifik kepada seorang individu yang menggunakan akaun Instagram dengan nama @ahmadsan8. Individu berkenaan menulis pertanyaan itu sekali gus membuatkan ramai yang mula menulis komen kurang baik kepada anak Rita Rudaini.

“Saya ambil langkah yang sama macam Jasmin Hamid buat sebelum ini, ingatkan bila dia buat begitu orang dah tak berani, tapi masih ada berlaku juga”

“Memang terpaksa buat report polis kerana komen individu itu agak kterlaluan. Sebelum ini, ada juga individu yang tulis perkara yang tidak sepatutnya di IG. Akan tetapi jika ada mana-mana yang mula sentuh tentang anak saya, itu sudah lebihan”

Pelakon ini telah mendapatkan nasihat peguam terlebih dulu sebelum buat report polis.

Menurut peguam Rita Rudaini, satu tempoh selama 14 hari akan diberikan kepada individu berkenaan untuk buat permohonan maaf secara terbuka. Namun sekiranya dia gagal buat seperti itu, mereka akan ambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Dikatakan Rita Ruadini telahpun dapat maklumat peribadi orang berkenaan, siap lengkap dengan nama, nombor telefon serta fotonya.