Itu video lama, Shuk Sahar jelaskan video check in di hotel

3,226 views

Shuk Sahar hari ni naik namanya lagi. Dikaitkan juga dengan wanita yang sama sebelum ini iaitu wanita bernama Farah.

Menerusi satu entry di laman IG wanita berkenaan, ada paparan menunjukkan Shuk berada dalam bilik sebuah hotel, sedang duduk hanya memakai tuala saja.

Melihat ianya telah tular Shuk tampil memberi komen tentangnya.

Pelawak ini nafi ianya video baru dan mengatakan ianya video lama. Jelas Shuk hal ini didedahkan mungkin untuk membuat promo saja.

Shuk bersama isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera ada muatnaik video di Ig story di dalam kereta menjawab tentang penyebaran video ini.

“Guys past is past, apa benda yang dah berlalu tu birakan saja. Jangan guna masa silam orang ni untuk jadi sebagai satu ugutan. Balai polis lah cerita.

“Takkanlah tu video baru, kan kita (Shuk dan isteri) tengah keluar berdua ni. Lagi pula, badan sekarang ni tengah gemuk ni.”

Sera kemudian ada kata bahawa suaminya itu asyik di landa isu saja, satu demi satu isu timbul. Ini jawab Shuk kepada isterinya itu.

“Nak buat macam mana yang. Marketing, tengah tak ada job, tiada duit, orang pula buka aib.”

Shuk juga mengatakan dia kini dah berubah orangnya dan Sera mendoakan dia menjawab suami dan bapa yang baik kepada anak-anak.

Menjelaskan kejadian yang menimpa, Sera berkata dia dah tahu tentang wujudnya video yang disimpan oleh wanita berkenaan dan itulah antara punca Shuk selalu bertahan dengannya.

“Syukur, akhirnya kini semua pun dah tahu kenapa Shuk selalu bertahan. Video lama yang telah di simpan, masa main sama-sama.”

“Saya bertahan untuk jaga nama baik kamu, tetapi akhirnya kamu juga yang buka aib sendiri.”

Wanita tersebut sebelum ini ada mengatakan Shuk ada menggunakan duit dan tak akan halalkannya selain meminta bayar semula.

Sera kemudian membalas dan mengatakan apa duit tu sebenarnya, adakah duit untuk bayar sewa kereta atau duit hotel.

“Duit apa tu ye, duit untuk sewa kereta Honda ke, untuk bayar minyak ke atau duit bayar hotel.”

Fara juga ada mendedahkan beberapa perkara lain seperti mendakwa Shuk pernah menjatuhkan talak kepada Sera. Kita tunggu jawapan lanjut tentang kes ini nanti.