Zulin Aziz cerita sebenar isu komen kat Nana, Siti Nordiana pun dah respon - News Tel

Zulin Aziz cerita sebenar isu komen kat Nana, Siti Nordiana pun dah respon

4,384 views

Kecoh juga apabila selebriti Zulin Aziz secara tiba-tiba dikaitkan dengan isu yang melanda penyanyi Siti Nordiana dan juga rakan-rakannya termasuk bekas vokalis Kristal, Lan Solo serta penyanyi Syura.

Ini bermula apabila Zulin ada menulis satu komen bertanya tentang wang RM200 ribu setiap seorang yang diminta oleh Siti Nordiana daripada kesemua lima individu yang terlibat.

Ini komen Zulin Aziz: “Mahu buat apa dengan wang RM200 ribu tu. Dapat kah nak ubati hati yang dah terluka.

Mungkin ramai yang tak tahu motif Zulin tulis komen sedemikian di akauan Instagram Siti Nordiana dan menyebabkanpara peminat Nana terus tulis komen balas kepada Zulin. Banyak komen yang kurang baik diterima oleh Zulin sejak itu.

Zulin akhirnya tampil menjawab isu berkenaan dan mengatakan bahawa dia sebenarnya tak side mana-mana pihak malah menyokong saja Nana.

Aku tak ada pun nak dengki dengan Nana, aku support je selalu apa yang dia buat. Aku ni tak belah atau sokong pun mana-mana side.

Pengacara ini berkata ada pihak yang tak mahu faham dengan jelas apa yang dimaksudkan malah terus menghukumnya serta telah manipulasi ayatnya itu.

Terima kasih yang dah manipulasikan ayat saya tu. Orang yang negative ni dia akan sentiasa nampak benda tu sebagai tak positif, dia tak mahu faham, main hantam saja.”

Ada lagi manuisa yang tetap dengan cara dia saja, walaujpun sebenarnya tuan punya badan pun faham dengan apa yang alu cakap.

Zulin berkata dia mahu isu ini habis di sini saja dan jika ada lagi yang datang ke media sosial dia dan berkata yang kurang baik, dia akan bloxk terus.

Sementara itu, Zulin juga da muatnaik perbualan melalui DM dengan Siti Nordiana, menjelaskan apa yang terjadi.

Melalui penjelasan dari Zulin itu dia berkata dia tulis tentang duit tu bukannya boleh nak sembuhkan hati seseorang. Malah Zulin pun ada kata pada Syura dia tak sokong bila Syura buat live hari tu.

Siti Nordiana nampaknya faham dengan apa yang mahu dikatakan oleh Zulin itu dan turut memohon maaf kerana para peminatnya berkata kurang baik kepada Zulin.

Kini selesailah sudah isu Zulin Aziz dan juga Siti Nordiana ni, tak ada apapun, baik-baik saja.

Latest from Hiburan


Itu video lama, Shuk Sahar jelaskan video check in di hotel

3,258 views

Shuk Sahar hari ni naik namanya lagi. Dikaitkan juga dengan wanita yang sama sebelum ini iaitu wanita bernama Farah.

Menerusi satu entry di laman IG wanita berkenaan, ada paparan menunjukkan Shuk berada dalam bilik sebuah hotel, sedang duduk hanya memakai tuala saja.

Melihat ianya telah tular Shuk tampil memberi komen tentangnya.

Pelawak ini nafi ianya video baru dan mengatakan ianya video lama. Jelas Shuk hal ini didedahkan mungkin untuk membuat promo saja.

Shuk bersama isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera ada muatnaik video di Ig story di dalam kereta menjawab tentang penyebaran video ini.

“Guys past is past, apa benda yang dah berlalu tu birakan saja. Jangan guna masa silam orang ni untuk jadi sebagai satu ugutan. Balai polis lah cerita.

“Takkanlah tu video baru, kan kita (Shuk dan isteri) tengah keluar berdua ni. Lagi pula, badan sekarang ni tengah gemuk ni.”

Sera kemudian ada kata bahawa suaminya itu asyik di landa isu saja, satu demi satu isu timbul. Ini jawab Shuk kepada isterinya itu.

“Nak buat macam mana yang. Marketing, tengah tak ada job, tiada duit, orang pula buka aib.”

Shuk juga mengatakan dia kini dah berubah orangnya dan Sera mendoakan dia menjawab suami dan bapa yang baik kepada anak-anak.

Menjelaskan kejadian yang menimpa, Sera berkata dia dah tahu tentang wujudnya video yang disimpan oleh wanita berkenaan dan itulah antara punca Shuk selalu bertahan dengannya.

“Syukur, akhirnya kini semua pun dah tahu kenapa Shuk selalu bertahan. Video lama yang telah di simpan, masa main sama-sama.”

“Saya bertahan untuk jaga nama baik kamu, tetapi akhirnya kamu juga yang buka aib sendiri.”

Wanita tersebut sebelum ini ada mengatakan Shuk ada menggunakan duit dan tak akan halalkannya selain meminta bayar semula.

Sera kemudian membalas dan mengatakan apa duit tu sebenarnya, adakah duit untuk bayar sewa kereta atau duit hotel.

“Duit apa tu ye, duit untuk sewa kereta Honda ke, untuk bayar minyak ke atau duit bayar hotel.”

Fara juga ada mendedahkan beberapa perkara lain seperti mendakwa Shuk pernah menjatuhkan talak kepada Sera. Kita tunggu jawapan lanjut tentang kes ini nanti.

Go to Top