Izara Aishah menangis dengar Siti Nurhaliza menyanyi

4,671 views

Berumur 29 tahun, Izara Aishah mahu mempunyai lebih banyak pencapaian seperti Datuk Siti Nurhaliza, ibu mertuanya. Walaupun Izara merupakan seorang pelakon yang amat terkenal, tetapi masih banyak lagi kejayaan yang mahu dicapainya.

“Tentang pencapaian, masih banyak yang belum saya capai. Saya pernah terima dua anugerah, saya nak jadi seperti Mak Iti (Siti Nurhaliza), amat banyak anugerah yang diterimanya.”

“Kejayaan diraih oleh Mak Iti sentiasa menjadi inspirasi. Saya juga nak penghormatan dalam bidang lakonan. At least ada pencapaian besar.”

Menceburi bidang lakonan sebagai punca pendapatan, Izara amat bersyukur sebab dapat beri duit belanja kepada mamanya.

“Antara perkara paling saya banggakan adalah apabila dapat gaji pertama dan belanja mama apa yang dia mahukan. Saya mampu hulur duit belanja setiap bulan. Itulah merupakan kepuasan sebenar.”

Bercerita tentang kehebatanannya dalam bidang lakonan, Izara ada memebri tips untuk hayati watak. Sememangnya dia banyak buat persediaaan setelah mendapat watak yang mahu dibawanya.

“Sebelum penggambaran, masuk kelas lakonan agar dapat faham karakter tersebut. Kena belajar sampai watak tu masuk dalam diri, bukan berdialog saja.”

Izara juag mendedahkan pernah meminta bantuan dari Mak Iti untuk mendapat mood mendalami watak.

“Saya pernah minta bantuan dari Mak Iti untuk buat saya menangis. Saya minta Mak Iti menyanyikan lagu Seroja. Ini demi nak serapkan karakter dalam diri.”

“Watak tu, saya memerlukan suara seorang ibu untuk nyanyi pada saya, jadi itu adalah satu cara nak serap watak masuk dalam diri saya.”

Ketika ini Izara Aishah mengatakan memang tak boleh jalani penggambaran kerana perintah kawalan pergerakkan dan melihat kes yang semakin mencanak naik.

Izara Aishah hanya habiskan masa bersama family dan menjaga diri sendiri dengan baik ketika ini.