Izara Aishah tertanya Instafamous sekarang banyak jadi pelakon

1,444 views

Sekarang ni laman media sosial antara platform popular yang memang ramai penggunanya. Oleh itu muncul ramai individu yang popular dan mereka ini digelar sebagai influencer. Kalau di laman Instagram mereka ini dilabel sebagai Instafamous.

Apabila dah famous, maka akan mula ada tawaran yang hadir kepada para instafamous ini, dan ada di antara mereka dapat tawaran berlakon juga.

Kalau dapat lihat sekarang ni memang trend yang mana ramai juga instafamous dah jadi pelakon dan dah terjun masuk ke dunia seni tanah air.

Hal ini menerima perhatian dari pelakon jelita Izara Aishah. Pelakon ini tertanya adakah memang sekarang ni ramai instafamous dah mula jadi pelakon.

Malah Izara juga persoal, adakah pihak penerbit atau pihak TV station dah tak ada bajet untuk membayar pelakon yang sedia ada.

Izara telah menulis kenyataan itu di laman Twitter miliknya semalam. Ini tulisnya: “Instagram famous sekarang ni dah banyak jadi pelakon ye. Adakah pihak TV semakin tak ada bajet kerana kes covid19?”

Kenyataan dari Izara Aishah ini telah menarik perhati warganet dan menerima banyak respon balas.

Ada memberi pandangan mengatakan influencer yang dibayar ini selalunya dah mempunyai ramai followernya yang tersendiri dan ini sekaligus memberi marketing yang baik untuk mereka.

Sesetengah netizen turut complaint mengatakan influencer ini tak akan kekal lama keran tak adanya bakat sebaliknya lebih kepada popularity sahaja.

Jom baca antara komen netizen tentang hal yang dibangkitkan oleh Izara Aishah ini.

Izara Aishah buat masa sekarang ini memang dah lama tak muncul di kaca televisyen sejak menimang cahaya mata sulungnya.

Antara naskah terakhir dari pelakon cantik ini ialah beberapa buah drama seperti Ombak Rindu The Series dan Cinta Yang Aku Rasa.

Share this on...