Aishah jawab kenapa dia block IG Siti Nurhaliza

7,861 views

Tak ada angin tak ada ribut, ada yang mengatakan bahawa penyanyi Aishah didakwa telah block Instagram penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.

Memang ramai yang pelik apatah lagi Aishah adalah penyanyi yang dipilih untuk membawa lagu Datuk Siti Nurhaliza di pentas Anugerah Juara lagu pada hari Ahad yang lalu.

Ada yang bertanya apa sebenarnya yang berlaku antara dua penyanyi ini. Aishah akhirnya tampil memberi jawapan tentang isu ini.

“Ada wartawan contact saya dan tanya tentang kisah saya dikatakan dah tak bertegur dengan Datuk Siti Nurhaliza. Saya terus tergamam dibuatnya. Cerita apa pula ni?”

“Rupanya ianya menjadi buah mulut apabila saya dikatakan telah block akaun IG Datuk Siti Nurhaliza. Terus saya tepuk dahi.”

“Baik ini biar saya beri penjelasan dan harap lepas ni jangan buat sebarang andaian. Ketika di peringkat separuh akhir Muzik Muzik, ada pihak yang mula tag nama saya dan juga nama Siti. Masa tu isu panas dan ada yang beri komen tak elok.”

“Oleh itu untuk redakan hati saya yang dah kena komen yang tak berapa elok tu, saya pun block IG individu berkenaan dan orang yang beri komen tersebut. Rupanya saya tersekat juga akaun Siti. Tak perasan pun akaun original saya block. Siti ni superstar, saya keliru sebab ramai yang guna Ig ada guna namanya juga.”

“Ketika dah nak dekat AJL tu barulah saya perasan ada follower yang tulis Direct Messege pada saya kata janganlah block Siti. Saya terus check, rupanya betul saya tak sengaja block akaun Siti.”

“Kelakar hidup ni. Kalau tak boleh nak tag IG seseorang terus saja ada pihak yang fikir yang bukan-bukan. Inilah kehidupan di luar media sosial.”

Aishah mengatakan hubungan dia dan juga Datuk Siti Nurhaliza amat baik sekali malah Siti juga ada beri kata semangat dan juga hadiah buah kepadanya.

“Elok saja Rozi, manager Siti, contact saya dengan ucapan Siti. Kalian semua kena tahu, saya ini orang lama. Berbicara dan contact secara direct itu lebih penting. Ada hadiah fruit basket dari Siti ketika AJL35 tu.”